CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Limau Purut cantikkan rambut

Masyarakat kampung selalunya menjadikan buah limau purut sebagai bahan menghindarkan ular dari masuk ke dalam rumah. Caranya ialah dengan menaburkan kulit limau purut di tempat2 yang dipercayai selalu dimasuki ular... *nauzubillah*

Selain itu, limau purut juga baik untuk atasi masalah kelemumur dan rambut kering. Caranya, hiriskan limau kemudian dilumur dan disentalkan di kulit kepala. Biarkan sehingga kering baru dibilas dengan air bersih.

Ada juga yang mencampurkan perahan air limau purut ini dengan sedikit santan sebelum dilumur di kepala. Seelok-eloknya dilakukan seminggu sekali. Rambut kita InsyaAllah akan jadi hitam, lebat dan terhindar dari keguguran.


***sumber dari buku: HERBA Sumber Perubatan Tradisional


**update 3/6/2010 10.25 pagi

(Cara ke 2 guna limau purut dan santan).

Masalah kelemumur, gatal-gatal, rambut kering dan kusut? Cubalah petua ini:
Ambil secawan santan dan sapukan pada kulit kepala. Urut perlahan-lahan selama 10 minit. Tutup kepala dengan tual bersih yang direndam dengan air suam. Biarkan 1 - 2 jam, kemudian bilas dengan air. Ambil pula limau purut 1 atau 2 biji dan dibelah dua. Gosoklah limau purut itu pada seluruh kepala. Bilas dengan air suam sehingga bersih. Keesokan harinya, barulah disyampu. Lakukan 2x seminggu. InsyaAllah rambut menjadi sihat dan lembut, mudah diurus dan berseri.


Labels

jom singgah ke

  • Kek Puding Karamel - Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karam...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...