CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Khasiat Limau Kasturi

Alhamdulillah, pokok limau kasturi kami
kat depan rumah dah makin tinggi..
setakat ini belum diserang ulat lagi... :))


Ramai yang menggemari limau kasturi sebagai pelengkap kepada sambal belacan. Namun, ramai yang tidak tahu dengan menggunakan limau kasturi InsyaAllah akan dapat....
  1. Mengurangkan gula bagi penghidap kencing manis, dengan cara minum jus limau
  2. Menguruskan badan, dengan cara minum jus limau
  3. Mengatasi masalah bau badan, dengan cara amalan memakan buah limau kasturi bersama kulitnya di samping digunakan ketika mandian
  4. Dijadikan pencuci rambut dan pembersih kulit
  5. Mengurangkan sakit lelah, dengan cara menitikkan 4 @ 5 titik perahan air limau ke dalam sesudu madu lebah. Minum sekali seminggu untuk mengurangkan sakit lelah.
  6. Melegakan pening, dengan cara memicitkan kulit limau ke arah hidung bagi melegakan pening kepala.
  7. Menghilangkan kesan minyak, dengan cara mencampurkan sedikit garam bersama air limau. Kemudian gosokkan pada pakaian dan biarkan selama 5 - 10 minit sebelum dibilas untuk menghilangkan kesan minyak.

**sumber dari buku: (1)99 Herba, (2)Tanaman Berkhasiat Ubatan

0 comments:

Labels