CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Bunga Kertas Kaler Purple

Setiap kali keluar masuk gate, mata tak lepas pandang ke lain, asyik terpaku dekat bunga kertas ni saja. Kaler purplenya cantikkk sangatttt...... Tak jemu mata memandang.

pandangan dari luar pagar


Semasa mula2 ianya memanjat pagar hari tu, saya dah berkira-kira nak trim bentuknya camane *amboi! imagine dulu sebelum impian menjadi realiti...hihi...* Saya biarkan ia merimbun dan merentang hanya di bahagian atas di sepanjang pagar. Maka boleh la ia berfungsi sebagai penghadang tak rasmi buat kami yang duk lepak2 di pergola. Takdelah see-thru sangat kalau ada jiran2 yang berjalan kaki mahupun berkenderaan lalu-lalang kat depan tu.... hehe

pandangan dari pergola

Makanya... kalau ada di antara anda yang berminat dengan bunga kertas dan tengah giat memilih kaler dekat nurseri tu, elok sangat le cari yang kaler purple cantik ini...*selain dari bunga kertas kaler merah cili yang memikat hati* ...hehe tolong promote lah kiranya ni... (",

Thursday

Pisang emas dah masak dah....


Alhamdulillah... pisang emas yang setandan hari tu dah masak pun sesikat demi sesikat. Malam tadi Shilah orang pertama yang rasa..."Manis giler!!!", jerit Shilah yang tengah buat homework, bagi menjawab pertanyaan saya dari dapur..."Manis Shilah??"

Seronok sangat rasanya dapat makan hasil tanaman sendiri nih... Tak lama lagi InsyaAllah masak lah satu tandan lagi pisang emas ini dari rumpun yang sama. Subur pulak kebelakangan ini pokok2 pisang papa tuh... ini sure berkat usaha papa yang extra... taruk baja bakar kat pokok2 pisang tu secara regularly.... syukurlah... (",

Sunday

Pokok pisang emas tumbang



"Mama, pokok pisang kita kat depan tumbang", jerit Shilah dari luar pagar.

"Hah?, Ya Allah....", saya yang sedang duk berbual ngan kakak di kerusi laman terus keluar meninjau. Abang yang tengah berbasikal pun cepat2 dtg jengah sama.

"Eh, kesiannya...padahal papa dah ikat hari tu...siap tungkat dengan kayu lagi...", keluh saya pada anak2.


Harap2 pisang emas yang duk tergolek setandan tu dah cukup matang. Kalau tengok dari pokoknya yang tumbang tu, batangnya nampak dah hampir reput. Kiranya dah matang la tu kot. Tengok camane, kalau rajin saya ajak le anak-anak buat kerepek pisang je pisang-pisang tu.


Monday

Bunga Kaler Oren




Hasil dari idea yang dapat dari Pakcik Halimi hari tu, saya selalu lah juga trim pokok yang makin nampak sarat ini. Memang idea beliau suruh selalu cantas pokok ini amat memberi kesan. Bila nampak je dahan2 halusnya panjang memanjat tanpa arah tujuan, saya dengan begitu konfiden nya terus je kerat, tak tunggu dahh.... Kemudian selang tak lama lepas tu dapat dilihat kesannya....mulalah keluar putik2 bunga baru 'berjebok-jebok' dalam ertikata lain *tersangatlah banyaknya* :)

Sapa2 yang berhajat nak ceriakan taman, elok sangat lah tanam tumbuhan ini.... memang cantik lagi menawan... Keceriaan warna oren nya boleh
cover mana2 tanaman hiasan lain yang nampak kurang menyerlah.... yang terserlah hanya kaler oren je di sana-sini.... :)


Sepetang di laman


"Jom, kita take a walk...", ajak suami takkala selesai solat Asar petang semalam.

Saya yang sebenarnya agak penat dan rasa malas, hanya menganguk2 tanda setuju. Cepat2 membuka telekung dan mengenakan proper attire untuk tujuan beriadah tu.

Papa keluar dulu sementara saya singgah di sinki basuh cawan dan piring yang buat minum petang sebelum itu. Clear kan mana yang patut dulu baru senang hati nak keluar beriadah.

Keluar2... tup tup papa duk tengah mesin rumput. Sambung yang belum selesai di sebelah paginya. Orite!! Saya yang memang rasa liat nak keluar jalan tu, cepat2 buat2 sibuk tolong cabut rumput liar yang tumbuh di sekitar tanaman pegaga. Lepas itu sambung trim mana2 pokok yang dah mula hilang potongan dan merewang-rewang tanpa arah tujuan tu...hehe...

Sebaliknya kakak dan Shilah hanya duk pusing2 kawasan dengan basikal. Riuh-rendah suara keduanya berbasikal di laluan depan rumah. Dua-dua tak minat gardening. Jadi saya tak dengar sorang pun offer diri nak tolong kerja2 gotong-royong tu *bukan main lagi*....hehe... Diaorang ada la tolong tapi tolong ambik buah kelapa je. Tu pun siap guna tangga panjat padahal pokoknya takde la tinggi mana.... saja nak main2..... alahai... :)

Suasana petang tambah meriah dengan suara Sofea dan sepupu2nya yang sedang bermain badminton di laman sebelah. Bila mesin rumput kami mengaum, lagi la tambah meriah suasana....hahaha...


Sejurus sebelum azan Maghrib berkumandang, semua kerja2 kat laman dah siap. Alhamdulillah, clear semua dan nampak sedap la sikit mata memandang....

Labels