CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday

Tumbuhan yang sentiasa menawan




Pokok bunga ni dah lama saya tanam. Tapi baru dapat tau namanya baru-baru ini. Rupa-rupanya nama dia Euphorbia Milii. Amboi! Sikit punya susah nak sebut. Kalau kawan tanya memang sah tak leh sebut, sah tak ingat...hehe

Banyak juga kaler yang ada. Saiz bunga pun berbeza. Ada yang kaler merah cili tu, bunganya besar tapi takde gambar la pulak untuk dipaparkan(kebetulan tak keluar bunga time ni). Ada yang kaler oren, pink, merah maroon dan juga kuning. Semuanya sentiasa cantik menawan.

Naik berseri laman bila ditanam dengan tanaman hiasan ini di beberapa sudut. Warnanya yang ceria menambah seri bila kadang-kala laman nampak sugul dan lesu. Tapi bab yang tak berapa sanggupnya bila time nak tanam semula/membaik-pulih/nak membaja pokoknya. Kalau tak berhati-hati memang gerenti luka tangan dek kena durinya yang tajam.


Monday

Bunga Kertas Merah Cili

Dalam banyak2 warna bunga kertas, yang warna merah cili ini lah yang paling memikat hati saya. Tersangat le cantik, ceria, mengancam dan apa je lah yang lebihkurang maknanya untuk nak gambarkan betapa keunggulannya yang memukau pandangan.

Pokok bunga kertas ini dah makin memanjat dan menjalar di atas bumbung di bahagian depan rumah. Kalau dari luar pagar, nampak berseri anjung depan rumah dengan bantuan warna bunga kertas ini yang tampil dengan kaler merah seakan cili... berjaya menambah seri seni laman. Syukurlah... itu yang saya impikan sejak mula menanam bunga kertas merah cili ini yang asalnya dulu hanya setinggi 1'.  Alhamdulillah syukur.....


Tuesday

Pokok bunga free


Semasa keluar menyiram tanaman pagi tadi, terpandang pokok bunga kat tepi peti surat tu kembang 2 kuntum. Mmmm... kena ambik gambar ni.... Selalu tu bila kembang asyik lupa je nak rakamkan gambarnya.

Ingat lagi pokok ni dulu asalnya saya ambil masa duk lepak2 kat bawah pergola di Taman Bunga Raya di Lake Garden KL. Masa tu tengah kepenatan lepas ronda2 2 in one iaitu Taman Bunga Raya + Taman Orkid. Senang ke sana ke mari sebab kedudukan kedua-dua taman bersebelahan antara satu sama lain.

Saya duk di bangku panjang di bawah pergola sementara tunggu suami dan anak2 pergi tengok lukisan kat dalam bilik pameran kat taman berkenaan. Jadi sambil baca paper sesekali menoleh pada 2 orang tukang kebun kat situ yang sedang trim pokok2 hiasan di tepi2 laluan pergola. Seorang trim pokok manakala seorang lagi duk cabut2 anak2 pokok yang tumbuh liar merata2.

Banyak le yang nampaknya akan dibuang dari kerja2 maintanance tu. "Tak boleh jadi ni...", saya mula berkira-kira satu strategi...hehe.. Setelah berbasa-basi sedikit sebanyak, saya pun ringankan mulut bertanya tentang pokok2 yang rasanya akan di buang itu. Tepat jangkaan saya. Memang semua tu akan dibuang. Ehh...sayangnya.... Saya pun apalagi...minta izin lah untuk ambil 4 @ 5 pokok tumbuhan tersebut untuk dibawa balik, tanam. Yang seronoknya mereka dengan senang hati cepat2 tolong pilih2kan pokok yang agak cantik dan terus datang unjukkan pada saya. "Ohh tima kasih auntie....banyak sangat ni.... saya nak sikit je", kata saya pada kedua-dua mereka. "Tappe, tappe,,, aci bawak balik kasi tanam", kata salah sorang dari mereka bersungguh2.

"Waaa.... mama dah dapat dahhh.......", jerit anak2 saya yang kebetulan masa tu baru turun dari tangga bilik pameran lukisan. Hehehe.... biasa la tu, mama kan terer....


Friday

Rindu

Petang tadi masa keluar melihat2 papa yang duk sapu daun2 kering yang luruh dari pokok2 rambutan di tepi laman, hati tiba2 rasa sayu bila mendongak ke atas pokok2 tu. Semua macam kehilangan seri sejak dua tiga menjak ini. Ditambah dengan cuaca yang semakin menjadi2 panas ni, makin kering le nampak pokok2 rambutan itu. Pokok-pokok lain pun.... lebih kurang sama gak, semua tak de keluar pucuk2 baru apalagi nak keluar buah. Mujurlah ada buah kelapa yang masih tinggal beberapa tandan itu lagi. Dan nasib baik juga pokok betik masih tetap setia berbuah tak kira masa. Jadi terubat juga lah rindu di hati.... :)

Gara2 terkenang hasil tanaman yang dulunya rajin berbuah, maka saya rasa ingin paparkan semula beberapa snapshot yang pernah diambil tempohari. Kamiorang rajin ambil gambar setiapkali pokok2 buah atau sayur-sayuran di laman berbuah. Bila lagi ni nak rasa balik camni....huuuuu....

Thursday

Daun Lidah Buaya


Tumbuhan ini asalnya terdiri dari beberapa batang saja, tapi kini dah membiak jadi beberapa rumpun pula. Ianya senang hidup, jadi baik saya mahupun suami kurang lah beri perhatian terhadap pokoknya... jarang benar pokoknya dibajakan maupun digembur. Hanya siram gitu-gitu je.

Namun alhamdulillah, tumbuhan yang juga disebut aloe-vera ini tetap hidup subur walaupun tak adalah gemuk daun-daunnya. Walaupun tidak diberi perhatian, namun saya amat menghargai kehadirannya. Ia banyak gunanya dalam rawatan kesihatan dan kecantikan kami sekeluarga.

Kalau tiba time rajin tu, saya akan potong 2, 3 batang daunnya, kupas kulit, basuh bersih2 kemudian diblend kan untuk dapatkan gel nya. Kalau bukan saya, Shilah lah yang suka buat benda-benda ni. Anak saya yang paling kecil ini suka gunakan bahan2 semulajadi untuk rawat kecantikan. Selain dari aloe-vera beliau selalu saya lihat menempekkan bedak sejuk campur kunyit hidup kat muka. Air pegaga yang saya selalu mesin pun, hanya Shilah je yang suka. Abang boleh le, minum le jugak kalau di serve. Sedangkan kakak langsung tak mahu air pegaga...hehehe

Berbalik pada daun lidah buaya ini, rasanya ramai yang tahu ia boleh melebatkan rambut, merawat luka dan kudis dan menyejukkan badan. Di samping itu saya dengar ia juga boleh merawat buah pinggang yang lemah dan juga jika ada ulser perut.

Kebetulan kak Asmah yang datang singgah ke rumah saya satu hari tu ada gitau aloe vera ni sedap dijadikan minuman. Jusnya boleh sejukkan badan. Kata kak Asmah, caranya selepas dikupas kulit dan dibersihkan isi aloe-vera tersebut dipotong kiub/dadu kemudian dimasak dengan dicampur air berserta gula/gula batu dan daun pandan. Macam nak buat air sirap le. Sedap minum lebih2 lagi dalam keadaan cuaca yang panas sekarang ini. Tapi saya sendiri belum lah lagi cuba buat jusnya.... InsyaAllah akan dicuba.


Kami pula setakat ini selalu gunakan gel nya semata2 hanya untuk dilumurkan pada wajah dan rambut sahaja. Orang kata kalau lumur di wajah akan menipiskan parut2 jerawat jika ada. Dan rambut pula jadi makin lebat kalau selalu dilumurkan gelnya di kepala. Selepas dilumur biarkan untuk beberapa ketika sehingga kering baru dibasuh bersih-bersih. Rasa ok dan berkesan bila praktikkan cara ini sejak dulu... Rambut anak2 jadi makin sihat dan nampak cantik sekali, alhamdulillah.


Pokok bunga yang senang tumbuh


Pokok bunga ini dah lama sebenarnya. Dari mula saya berpindah-randah sejak rumah sewa dulu lagi pokok ini dah sedia ada. Bila dah bertahun-tahun dan tanpa penjagaan apapun saya ingatkan ia dah tak ada lagi dah. Namun semasa membuang daun2 kering di sekitar pasu2 orkid di bawah pergola pagi tadi, mata saya tiba-tiba je terpandangkan tumbuhan berbunga dan berdaun cantik ini. "Ohhh, rupanya masih ada lagi bungaku yang ini...."

Satu hari dulu saya ada terbaca mengenai tumbuhan yang seakan2 sama dengan yang ini tapi yang satu itu daunnya berwarna coklat dan berbaldu sedikit(dulu ada tanam juga tapi tak lama tempoh hayatnya di bawah pengawasan saya..huuuu...) Sedangkan yang ini berwarna hijau namun kedua-duanya nampak jelas datang dari famili yang lebih-kurang sama. Nama famili yang dikenal-pasti ialah Ephiscias.

Pokoknya senang tumbuh menjalar dan cantik kalau dijadikan tanaman gantung sebagai hiasan yang menarik. Ia mudah sangat dibiakkan melalui potongan pada bahagian batang. Namun saya rasa ia tak berapa sesuai di letakkan di tempat yang panas sangat. Elok diletakkan ditempat yang redup dan terlindung dari panas matahari. Dan lagi, ia sukakan medium yang sentiasa lembap. Namun tidak boleh lah pula jika mediumnya itu bertakung air. Nanti akan cepat membusuk dan pokoknya mati begitu saja.

Dari pemerhatian, dapat le saya simpulkan yang beberapa faktor tersebutlah yang turut menyumbang untuk pokok ini masih kekal subur di rumah saya. Ia terletak agak tersorok di atas tembok(di dua
port yang berasingan) di bawah rimbunan orkid2 yang bergantungan di atasnya.


Monday

Daun Pandan


"Bang, daun pandan ni minggu depan baru boleh ambil ya", pesan pemuda yang sedang menyembur racun anai-anai di rumah sebelah. Semburan tersebut secara logik memang bertempias pada pokok2 kami yang bersempadan dengan pagar rumah jiran sebelah.

"Oya ke?", balas suami saya.

"Ha'ah, bahaya kalau di gunakan minggu ni, takut keracunan", tambah pemuda dari syarikat pembenteras anai-anai tu.

Kawasan rumah kami ini memang jadi salah-satu tempat faveret serangga perosak anai-anai. Pokok mangga di luar pagar rumah hari tu pun dah mati dibaham anai-anai. Sayang sekali masa tu pokok mangga tersebut dah beberapa kali berbuah. Ketinggiannya dah sampai ke talian elektrik yang merentang searas dengannya. Tapi apa boleh buat dah tak ada rezeki....

Berbalik pada daun pandan tadi, saya yang mendengar dialog itu dari jauh hanya mengeluh sendirian. Ohhh tidakkk..... nampaknya tak boleh le buat pengat pisang/pengat ubi sepanjang minggu ini", getus hati saya.... Kami memang suka makan pengat tak kira lah ubi/pisang janji pengat. Jadi kena ada daun pandan nak buat pengat....alahai...

Bila sebut pasal daun pandan ini, kegunaannya bukan terbatas setakat pengat/bubur sahaja malah saya memang sentiasa gunakan daun pandan untuk banyak perkara. Contoh dalam membuat pau pun saya gunakan daun pandan sebagai lapik pau. Tapi kalau boleh kena lah guna daun pandan yang betul2 lebar baru cantik dibuat lapik. Bila dipotong daun pandan itu biar terbentuk segiempat tepat yang bucunya betul2 ngam dengan saiz pau yang bulat. Dapat petua ini dari kak yam seorang kawan yang tinggal di Kasturi. Bila letak daun pandan di bawah pau, akan membangkitkan aroma yang wangi bagi kueh pau kita. Berbeza dengan pau yang saya letakkan kertas sahaja sebagai pelapiknya sebelum ini. Kalau tak percaya, 'cuba try test tengok'...hehehe
Akan terasa kelainannya...

Labels