CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Daun Pandan


"Bang, daun pandan ni minggu depan baru boleh ambil ya", pesan pemuda yang sedang menyembur racun anai-anai di rumah sebelah. Semburan tersebut secara logik memang bertempias pada pokok2 kami yang bersempadan dengan pagar rumah jiran sebelah.

"Oya ke?", balas suami saya.

"Ha'ah, bahaya kalau di gunakan minggu ni, takut keracunan", tambah pemuda dari syarikat pembenteras anai-anai tu.

Kawasan rumah kami ini memang jadi salah-satu tempat faveret serangga perosak anai-anai. Pokok mangga di luar pagar rumah hari tu pun dah mati dibaham anai-anai. Sayang sekali masa tu pokok mangga tersebut dah beberapa kali berbuah. Ketinggiannya dah sampai ke talian elektrik yang merentang searas dengannya. Tapi apa boleh buat dah tak ada rezeki....

Berbalik pada daun pandan tadi, saya yang mendengar dialog itu dari jauh hanya mengeluh sendirian. Ohhh tidakkk..... nampaknya tak boleh le buat pengat pisang/pengat ubi sepanjang minggu ini", getus hati saya.... Kami memang suka makan pengat tak kira lah ubi/pisang janji pengat. Jadi kena ada daun pandan nak buat pengat....alahai...

Bila sebut pasal daun pandan ini, kegunaannya bukan terbatas setakat pengat/bubur sahaja malah saya memang sentiasa gunakan daun pandan untuk banyak perkara. Contoh dalam membuat pau pun saya gunakan daun pandan sebagai lapik pau. Tapi kalau boleh kena lah guna daun pandan yang betul2 lebar baru cantik dibuat lapik. Bila dipotong daun pandan itu biar terbentuk segiempat tepat yang bucunya betul2 ngam dengan saiz pau yang bulat. Dapat petua ini dari kak yam seorang kawan yang tinggal di Kasturi. Bila letak daun pandan di bawah pau, akan membangkitkan aroma yang wangi bagi kueh pau kita. Berbeza dengan pau yang saya letakkan kertas sahaja sebagai pelapiknya sebelum ini. Kalau tak percaya, 'cuba try test tengok'...hehehe
Akan terasa kelainannya...

2 comments:

cikgu said...

Salam...suka bau wangi daun pandan.kalau dulu2 time kecik2 selalu jgk bawak balik bunga rampai kalo pegi kenduri kawin dgn mak ..tp skrg susah betul nak dapat..
* guna tonik rambut pandan keluaran HPA untuk melebatkan rambut..bau rambut pun wangi..hehehe...

fzi said...

Wsalam.
Ohh cikgu sebut bunga rampai buat akak pun terkenang zaman dulu2... huuu.. Memang le ni payah nak jumpa kan!

Timakasih cikgu nnt akak cari tonik HPA tu n cuba pakai...hehe... yalah kurang2 boleh try utk rambut nnt jadi lebat dan wangiii.. :) Kalau tak, abih2 selama ni akak just blend isi aloe-vera then sapukan gelnya kat rambut... so lepas ni ada le alternatif lain.. thx cikgu :)

Labels