CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Subur pulak pakis nih....




Sebelum bukak paip nak siram-siram pokok tadi, tinjau-tinjau dulu tengok2 pokok bawah pergola. Mata terpaku tengok pakis yang nampak subur ni. Padahal seingat saya dah lama takde tabur baja dalam pasunya yang duk tepi tiang pergola tu.

Tak tahu nama bagi paku pakis yang satu ini, tapi dah ramai yang booking pokoknya ni. Saya yang duk bertangguh2 nak korek kluar masuk polybag. Paku-pakis memang senang biak. Akar2 dia berselirat, pokok mudah hidup selepas disemai. Memang cantik.... bersegi-segi besar daunnya. Tak jemu mata memandang... :)

Pernah sekali dulu saya letakkan pasunya dekat bawah porch. Bila tinggalkan rumah dua tiga hari, habis kering dan hampir KO jadinya pokok tu dek tak dapat air. Itu yang terus buat drastik action, alihkan cepat2 dia ke open space yang tentunya akan kena hujan kalu kena hari yang tak dapat disiram. Takpun, kurang2 kena embun di pagi hari setiap pagi. Alhamdulillah subur pulak jadinya bila dah duk situ....serasi lah tu... :)


***update 26/4/2010 Isnin

Alhamdulillah dapat info dari buku yang pinjam kat library, rupa2nya pakis ni orang panggil Paku Sisik. Nama botanicalnya: Adiantum capillus-veneris dan ianya tergolong dalam famili: Polypodiaceae.


2 comments:

Cik Melor said...

salam akak, cantik pakis tu. melor suka. Skrg ni cuaca panas npk ye pokok2 byk kering kat belakang, dpn rmh ok sempat la tgk.masa x cukup la skrg

fzi said...

Wsalam melor...
Pakis tu memang cantik bih2 lagi kalu tengok time daun dia tengah lebat lagi lah tak puas pandang...hehe

Cuaca kian panas, kita pun asyik haus je, sama la ngan pokok2 kat luar tu...kesian... kena siram kerap sikit kan melor..

Labels