.jpg)
.jpg)
"Ohhh... gemoknya serai papa ni! Pastinya berkat di taruk baja bakar le ni...hehe", hati kecik dah berbisik pagi2 masa tengah kerat serai papa tadi.
Alhamdulillah pagi ni semasa keluar tengok2 pokok di laman, mula-mula terpandang bunga kantan yang dah terlebih kembang tiga empat kuntum. Masih muda lagi tapi dah mula kembang kuntumannya. Ohh tak boleh jadi nih, kalau tak ambik ni.. "ssajjo jah nanti"*kata okhe kelate..... dah tak boleh makan, keras. So cepat2 ambil cutter, kerat.
Ting!!
Lantas timbul idea, terus senyum sendiri.... dah tau dah nak masak apa untuk menu berbuka nanti... heheh... sudah semestinya... Nasik Kerabu.... :)
Kemudian teruskan misi potong hasil tanaman yang lain seperti serai yang gemok tu, daun kesum dan cili besar yang masih hijau untuk projek nasi kerabu. Lain2 bahan dah ada beli macam timun batang, kacang panjang dan limau nipis. K, InsyaAllah jadik nasi kerabu nanti... :)).jpg)
Thursday
Hasil tuaian di pagi hari
Posted by fzi at 12:08 8 comments
Labels: hasil tanaman
Monday
Macam Plastik
.jpg)
.jpg)
.jpg)
"Eh macam plastik la pokok ni kan...", tegur seorang teman sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu ruang tamu ke lantai porch. "Masa sampai tadi dah perasan dah daun pokok ni nampak lain macam je...cantik, berkilat, keras...betul2 macam plastik!", sambung beliau lagi...
Memang betul.... saya pun rasa macam tu. Tumbuhan ini sebenarnya jenis biasa je...ramai orang tanam dan banyak dijual di mana-mana nurseri. Tapi bagi saya, ianya special sikit, daunnya cantik sesangat...itu yang buatkan saya splitkan ia ke ntah berapa biji pasu. Suka tengok punya pasal. Hari2 siram dan kadang buh baja, lama2 makin cantik pulak bila saya susunkan pasu2nya di beberapa port di anjung depan.
Alhamdulillah, berseri jadinya anjung depan rumah dengan adanya pokok ni...tambah ceria gitu... :))
**update 24/4/2010 Isnin
sumber: Buku Tananam Berkhasiat Ubatan
Pokok ini digelar Lelipan rupanya. Ia mudah hidup dan ditanam sebagai tanaman hiasan. Getah batangnya yang hijau digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat kutik atau kutu belut. Getah daun lelipan disapu pada badan untuk mengurangkan bengkak dan bisul. Getah ini juga dipercayai boleh mengurangkan bengkak bekas sengatan lipan dan kala jengking. Di Indonesia, tumbuhan ini digunakan untuk merawat luka berdarah dan patah tulang selain untuk mengubati bisul dan bengkak-bengkak di badan. Untuk rawatan luaran ini, pokok segar ditumbuk lumat dan disapu di tempat yang sakit.
Wallahu'alam.
Posted by fzi at 11:07 8 comments
Labels: tanaman hiasan
Tuesday
Pisang Emas lagi

"Mama, pisang dah tumbang...", itu le ayat kedua papa selepas bagi salam semasa saya membuka pintu dapur malam tadi. Papa yang baru balik dari surau cepat2 saya minta pegi ambik je pisang setandan yang dah tergolek tu. Bukan apa, takut ada dog dog liar yang berkeliaran di malam hari, tersesat ke arah pohon pisang emas tu... nauzubillah...
Papa pun tanpa berlengah terus je pegi potong pisang setandan tu langsung tebang terus pokok pisang tu. Letak tepi jalan dulu batang yang ditebang, tunggu weekend nanti baru angkut dengan kereta sorong buang kat kaki bukit sana...
Alhamdulillah, nanti masak boleh le lagi buat cekodok pisang nih. Tak pun kek pisang...mmmm sedap...dah lama tak makan. Kalau harap nak makan saja, tak berapa jalan sebab semua macam kurang gemar makan saja pisang emas ni. Kalu Pisang Berangan lain la, memang semua tak tolak... :)
Posted by fzi at 09:45 13 comments
Labels: hasil tanaman
Wednesday
Keladi Giant
.jpg)
.jpg)
Keladi yang saya panggil keladi giant ni tumbuh membiak di tepi laman. Daunnya begitu lebar, agak berkilat2 dengan kombinasi warna yang hijau pekat, jelas menampilkan imej yang kelihatan anggun lagi bergaya. Dah tinggi dah pokoknya hingga dah sama paras dengan pagar rumah jiran sebelah.
Ingat lagi, keladi ni adalah pemberian kawan saya yang tinggal di jalan Teluki satu ketika dulu. Dari hanya keratan batang keladi yang ada dua tiga helai daun, kini dah tumbuh subur memenuhi hampir 70% sudut tepi laman. Ianya nampak selesa di situ disebabkan keadaan tempatnya yang agak lapang dan terbuka(open space). Setakat ini rasa2nya belum pernah sekali pun saya trim pokoknya, hanya biarkan saja ia tumbuh bebas bercabang2 ke kiri dan kanan semahunya. Alhamdulillah nampak begitu cantik dan ada kelas gitu..... :)
Posted by fzi at 06:48 3 comments
Labels: keladi
Sunday
Bunga Oren Lagi
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Saja nak up-datekan gambar pokok hiasan laman yang berbunga oren ni. Bunganya penuh sampai boleh dinisbahkan lebihkurang 7:3 puratanya antara bunga dan daunnya.... Ohhhh.....seronok nya tengok bunga yang berlambak-lambak keluar tu.....putik-putik bunga yang keluar hari tu dah kembang sepenuhnya mewujudkan sudut laman berwarna oren yang ceria.... betul la orang kata.... warna menceriakan kehidupan!
Posted by fzi at 11:50 2 comments
Labels: tanaman hiasan
