
Semangat saya kembali berkobar2 terhadap seni hiasan dalaman dan seni laman bilamana semalam bersesak-sesak bersama pengunjung lainnya ke Hari Kraf Kebangsaan 2009 yang sedang berlansung di Jalan Conlay itu.
Sesampai di sana, kami menjelajah dari satu khemah pameran ke khemah yang lain tanpa mengenal penat. Rasa2nya adalah dalam 2km duk pusing2 kawasan pameran. Banyak kali juga berpusing-pusing di tempat yang sama. Saya agak kira-kira 4 jam lebih juga lah duk spend masa kat sana.
.jpg)
Yang paling menarik minat saya ialah barang-barang kraftangan yang direka cantik dari bahan2 seperti getah, kayu, kulit batang pisang dan juga rotan. Semuanya menyerlahkan kreativiti yang tinggi dari pembuatnya..jpg)
Lama juga saya memperhatikan bidai rotan yang dibuat dengan berbagai motif. Elok jika digantungkan dipintu bilik anak2 perempuanku...hehe.. Kalau diikutkan hati semua yang cantik2 tu nak punggah balik :) Bila lihat price tag nya RM90, rasa mahal la pulak.....biarlah dulu.
Lagi sekali saya dan anak2 berhenti lama sedikit memerhatikan seorang pembuat barangan hiasan dari asas kayu cengal dan merbau yang sedang tekun membuat motif kasut. Tersangatlah cantik dan halus buatannya. Siap nampak macam urat2 benang yang dipahat pada kasut yang kecil itu. Woahhh.... hebat 'encik' dari nogoghi tu....dikurniakan Allah kemahiran yang tinggi dalam melakukan kerja2 seni yang kreatif itu..jpg)
Kemudian bila semua dah penat, beransurlah sekejap mengambil angin di laman bangunan kraftangan yang luas itu. Sambil menikmati hidangan martabak dan teh tarik, mata saya terpaku melihat pasu2 tanah liat dan tempayan yang bermacam bentuk dan saiz di luar sana.
Hiasan taman diserikan lagi dengan motif air dari air terjun mini buatan yang menambahkan lagi rasa 'inviting' berada di laman.

Tak sabar nak balik rumah bila tengok segala aksesori dalam dan luar yang mencantikkan kediaman itu. Tak sabar nak up-grade kan laman Impiana Iman yang kekadang hampir hilang serinya dek rumput2 liar dan lalang yang makin bermaharajalela itu. Sebenarnya bukan ambik masa banyak pun nak touch-up apa-apa yang patut. Antara rajin dengan tidak je....
Sunday
Seni KRAF
Posted by fzi at 17:05 4 comments
Labels: seni kraf
Saturday
Air Pegaga
.jpg)
.jpg)
Hari ni pagi2 lagi tuai pegaga untuk di hantar ke kedai en harun. Dah 2,3 kali suami saya remind agar saya cabut pegaga yang dah makin lebar daunnya itu. Kalau terlambat dituai, daunnya akan jadi kekuningan dan dah tak fresh lagi. Akan terasa liat dan akarnya pula akan jadi kering dan agak keras. Tu dah kira terlebih matang le tu(tua)... hehe..
Lambat sikit saya buat kerja sebab bukan setakat cabut pegaga, siap merumput lagi(buang rumput-rumput liar yang tumpang sekaki berlumba-lumba tumbuh sekali dengan pegaga). Masa saya masih separuh jalan menyiapkannya, papa dah pun selesaikan bahagiannya iaitu serai. Dah siap basuh dan diikat 10 batang seikat. Dapat 10 ikat semuanya. Ada yang lebih2 tu papa masukkan dalam tupperware dan letak depan sinki standby buat kegunaan saya di dapur... thanks pa.. :)
Sebelum kami berdua keluar untuk hantar hasil tuaian tersebut, saya sempat sediakan tonik kegemaran suami....iaitu air pegaga. Saya ambil segenggam penuh pegaga lalu basuh bersih2 dengan akar2nya sekali. Selepas tu, saya blend kan ia dengan 2 gelas air masak(dalam blender buat jus, bukan blender yang mesin cili...hehe). Kemudian ditapis untuk dapatkan 2 gelas jus pegaga yang fresh, sedap dan menyihatkan badan... ada umpp!!
Info tentang pegaga(sumber dari perpustakaan)
Cara penggunaanya:
- ulam
- kerabu dan sayur
- daun dicelup tepung, digoreng dan dimakan
- buat jus
- mengawal tekanan darah tinggi
- membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat
- mengubati sistem saraf dan meredakan tekanan perasaan
- menyejukkan badan dan menyembuhkan lelah
- merawat penyakit hati dan masalah buah pinggang
- meningkatkan fungsi minda, daya ingatan dan penumpuan fikiran.
Posted by fzi at 20:23 2 comments
Labels: ulam
Wednesday
Betik
.jpg)
.jpg)
Dah dua hari berturut-turut ada buah betik sebagai pembasuh mulut lepas dinner. Satu nya di ambil dari pokok di laman dapur dan satu lagi dari pokok yang di luar pagar. Sedap rasanya, manis dan berkualiti. Buahnya kecil saja dan bila dikupas kulit lalu di belah dua, macam selalu tak jumpa bijinya walau pun sebiji. Dulu ada juga bijinya yang boleh disemai balik buat benih. Mungkin dah nak sampai masa la tu... lagipun pokoknya pun dah lama... bertahun-tahun.
Semalam semasa kebetulan ke library awam kkb, saya dapat fakta pasal betik ini dari salah satu buku2 terbaru di sana.
Ianya menyebut:
Betik mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain (berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan meransang buang air kecil. Namun harus berhati2, karpain juga boleh menyebabkan lumpuh dan pusat saraf menjadi kebas dan papain pula berupaya menghadamkan serta melarutkan protein dan mempercepatkan proses pembekuan darah.
Buahnya dimakan untuk pemulihan fungsi tubuh.
Kandungan buah yang masak( isi @100g): 86.6g air, 12.1g karbohidrat, 0.5g protein, 0.3g lemak, 0.7g serabut, 1mg besi, 11mg fosforus, 204mg kalium, 34mg kalsium, 3mg natrium, 450mg vitamin A, 74mg vitamin C, 0.5mg niasin, 0.04mg riboflavin, 0.03mg tiamina, karpain, karpasemin, karposid, mirosin, papain dan pektin.
Posted by fzi at 08:55 2 comments
Labels: Tanaman Buah
Lengkuas Putih


Pokok lengkuas ini asalnya dapat keratan rizom(isi)nya dari seorang kawan yang tinggal di jln mawar. Balik tu terus tanam. Excited rasa sebab dapat tanam lengkuas putih yang mengikut sejarahnya lebih baik dari lengkuas merah. Isinya lebih sedap bila dicampur ke dalam berbagai resepi masakan seperti gulai ikan masin, singgang ikan/daging, rendang dan juga masak kerutuk udang/daging. Orang kata kalau lengkuas putih ni baunya tak 'maung.' Satu lagi info yang saya dengar kononnya lengkuas putih ini, orang memang buat ubat. Wallahu'alam tak dapat dihuraikan lebih lanjut pasal bab ubat ni sebab infonya dapat setakat tu sahaja.. :)
Lengkuas ini sudah beberapa kali saya jualkan kepada beberapa pemborong kedai basah termasuklah ke kedai en harun. Semua seronok tengok lengkuas saya sebab ianya masih muda dan sedap untuk dimasak.
"Kalau muda-muda macam ni boleh dibuat ulam, sedapp...", kata kak Rubi masa saya hantar lengkuas ke kedainya satu masa dulu. "Ohh, ia ke kak?, saya tak pernah cuba la pulak buat ulam", balas saya pada kata2 kak Rubi.
Kebelakangan ini saya selalu hantar pegaga, daun kesum, daun pandan, serai dan juga lengkuas hanya ke kedai en harun yang kedainya tidak berapa jauh dari rumah. Cari mana yang dekat je. Sayur2an ini dapat dituai tak kira masa kadang 2 minggu sekali, kadang 3 minggu sekali paling jarak pun sebulan sekali.
Macam ulam pegaga cepat sekali biaknya. Boleh dapat 2kg sekali hantar(RM7 per kg). Lengkuas ini pun sama, sekali gali ambil setakat 2kg saja(RM6 per kg). Cuma serai tidak dikira per kg sebaliknya dikira dalam kiraan batang. Jadi sekali dituai suami dapatlah 200 btg serai(RM6 per 100 btg).
Kalau ada yang berminat nak tanam lengkuas, carilah yang jenis lengkuas putih ini. Amat berbeza dari segi rasa...
Posted by fzi at 08:24 0 comments
Labels: ulam
Ulam Gajus
.jpg)
.jpg)
Kebelakangan ini suka pulak sebut pasal ulam. Sementelah saya dan suami suka makan ulam. Mujurlah setakat ini kami tanam sendiri ulam-ulaman kecuali ada le beberapa jenis yang kena beli. Yang kena beli tu contoh macam timun batang, halia muda dan peria. Dua tiga jenis tu terpaksa le beli sebab termasuk dalam feveret saya.
Ulam gajus ini kalau kat Kelantan kami panggil "ule pucuk terre." Asal mula timbul minat nak tanam pokok ini bilamana tengok rumah Pak Nor sebelah ada. Pucuknya banyak tapi kalau kebetulan orang tak teringat nak bagi, kita seganlah pula nak mintak...tak gitu...hehe
Jadi mau tak mau, masa singgah nurseri satu masa dulu belilah buat hilang kempunan...haha.. Ambil masa jugak nak tumbuh dengan baik sampai jadi besar dah pokok tu sekarang. Seronok rasa sebab bila time2 teringin, suruh je anaknda pegi petik kat laman. Kena ambil pucuknya yang betul2 muda(daun kecil) baru sedap dibuat ulam. Kalau terlambat sikit mengambilnya untuk suatu tempoh masa, daunnya dah jadi lebar (walaupun still bertitle pucuk) dan dah tak sedap dimakan. Terasa liat, pahit dan tak crunchy gitu...
Posted by fzi at 13:39 2 comments
Labels: ulam
