Semasa melalui jalan Sg.Buloh - Kepong hari tu, mata saya begitu asyik memerhatikan nurseri tapak semaian bunga di sepanjang jalan. Berselang-seli dengan nurseri yang bukan setakat mempamerkan pokok-pokok bunga hiasan malah terdapat juga pasu2 tanah liat yang besar2 dan rata2 nampak begitu antik sekali. Seronoknya... rasa nak singgah, tapi dah tau gerenti che abang sebelah mesti tak layan punya.... hehehe
Dalam banyak2 kedai tu terpandang pula kat satu tapak besar yang tertulis "The Stone Shop". Kelihatan dari kejauhan bermacam jenis batu dijual di sana. Macam2 bentuk dan saiz. Ada yang kelihatannya batu buatan dan tak kurang batu sungai yang original.
Di laman kami, tak terkecuali dihias dengan batu2 sungai. Ada beli satu beg hari tu dek berkenan dengan warnanya yang cantik. Warna kuning yang menyerlahkan aura semulajadi.
Selebihnya... kami kutip sendiri batu-batu sungai dalam pelbagai saiz semasa berkelah di sungai berhampiran. Yang kutip sendiri ni rasa lagi ori dan lagi unik berbanding yang beli... :)
Cantik sangat bila susun batu sungai tu sume di keliling pasu2 besar. Terserlah kreativiti seni laman ilham sendiri kami sekeluarga. Nampak ada nilai2 seni gitu...Ada juga dapat idea dari majalah2 seni laman seperti Impiana dan Anjung Seri yang satu waktu dulu majalahnya kami beli hampir setiap bulan.
Ada kawan2 yang mintak batu sungai kat laman kami.
Saiz batu sungai yang kami kutip tu besar2 dan elok sangat kalau untuk dibuat 'tungku' dalam merawat sakit2 badan, makanya ramai lah yang berminat nak memiliki....hehe
Jadi untuk tidak menghampakan, saya bagi je lah walaupun ada antaranya rasa sayang sangat sebab bentuknya tersangat lah cantik dan unik.... :)
Monday
Batu sungai
Posted by fzi at 10:00
Labels: seni laman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
Labels
Anjung Depan
(1)
bunga kertas
(7)
flora
(2)
gangguan
(1)
gotong-royong
(7)
green
(9)
hasil tanaman
(24)
herba
(11)
Kaktus
(5)
keladi
(4)
Mesin rumput
(1)
Orkid
(2)
peralalatan
(2)
Perspektif
(2)
petua
(16)
santai
(6)
sayur
(3)
seni kraf
(2)
seni laman
(13)
Tanaman Buah
(7)
tanaman hiasan
(31)
ulam
(14)
view
(4)
4 comments:
cantik2...hehehe..a
bang, nanti kita pegi kutip lagi k batu2 sungai ni... :)
Ada sejarah kutip batu sungai ni. Salah satu lokasi kutipan ialah di sebuah anak sungai di Kg Pasir, kerling, Hulu Selangor. Air sungai ni jernih dan cetek, jadi mudahlah untuk memilih batu2 yg cantek.
Tayar belakang waja kami masa tu kemik la jugak nak menampung batu2 yg beratnya beberapa tan tu.
Anyway, puas rasanya kerana usaha sendiri dan bila melihat laman yg berseri dan berseni itu.
hehe... tayar kemik satu hal, yang tak tahannya time nak clear pasir dalam keta lepas mandi sungai... :)
Post a Comment