CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday

Bunga kantan (2)

Semasa menolak daun2 tingkap di ruang tamu pagi tadi, mata terus terpandangkan rumpunan pokok kantan yang bertentangan dengan tempat saya berdiri. Subur nampak pokoknya. Hati melonjak riang bila melihat 4, 5 putik bunga kantan yang muda dan belum mengembang itu. Semua nampak gemok2 belaka....

Bila dah agak2 boleh keluar rumah tu, saya terus mencapai cutter menuju ke rumpunan kantan. Risau pula kalau nak keluar ke laman pagi-pagi sangat. Sebab satu hari tu, saya ada terbaca satu artikel perihal nyamuk aedes. Nyamuk aedes ini waktu aktifnya ialah di waktu senja dan di awal pagi. Bila tengok jam, dah pukul 7.00... kira ok lah tu.. InsyaAllah. Maka bunga2 kantan yang sedang elok untuk dipetik itu pun akhirnya 'selamat lah' di tangan cutter saya ... hehe

Info terbaru tentang bunga kantan ini, ia boleh:

  • merawat bengkak atau sakit telinga. Bunga kantan samada yang masak atau masih muda direbus kemudian air rebusan tersebut dititikkan ke dalam telinga. Amalan berterusan dapat mengatasi masalah telinga berair.
  • merawat luka. Beberapa helai daun kantan diambil kemudian dibersihkan. Setelah itu direbus sehingga mendidih. Air rebusan ini dibiarkan suam kemudian digunakan untuk mencuci luka dengan melumurkan ke seluruh bahagian yang luka.
  • merawat kencing manis dan darah tinggi. Ambil buah kantan, dibersihkan dan direbus. Air rebusan ini disaring dan kemudian diminum seperti biasa. Pengambilan secara teratur dapat mengurangkan masalah ini.
Bagi sesapa yang suka makan masakan asam pedas, nasi kerabu dan laksa elok sangatlah kalau dapat tanam pokok kantan ini. Selain dari boleh jimatkan belanja dapur dari membelinya di pasar, kita akan dapat rasa kelainan bunga kantan yang ditanam sendiri. Boleh simply petik bunga2 kantan yang masih muda dan fresh itu bila2 masa saja.... enjoy!!

Tuesday

Tumbuh melata di tembok



Dari hari ke hari tumbuhan hijau ini merebak hingga memenuhkan ruang tembok di bawah pergola.

Cantik pula bila dilihat dari jauh pergola yang berlatarbelakangkan tumbuhan hijau yang melata memenuhi tembok di ruang santai ini....

Mungkin subur disebabkan mendapat tempias dari baja yang saya siramkan pada orkid2 yang tergantung di atas nya.

Asalnya ia hanya dari satu pasu kecil sahaja.

Pasu tu saya letakkan di atas tembok berhampiran batang pokok bunga kertas yang selari dengan tiang pergola.

Tanpa sedar, ianya tumbuh meliar dengan sendirinya.... perghhh... cantik 'giler'(pinjam sukukata budak2 sekarang)...hehehe

Thursday

Air kelapa muda (2)



Semasa membelek2 buku herba yang baru dipinjam minggu lepas, terjumpa fakta pasal air kelapa yang memang boleh kata semua orang tahu tentang khasiatnya. Jadi bila jumpa yang tertulis hitam putih ni, lagi le bertambah yakin yang air kelapa ni ternyata boleh merawat banyak penyakit.

Kelapa pandan di halaman rumah kami dah banyak kali dapat dimakan hasilnya. Selalu timing je nak ambil buahnya. Tunggu anak2 berkumpul balik dari sekolah masing2 baru belah kelapa. Kalau tak kena dengan time cuti kakak, selalunya kami bawak air kelapa semasa melawat kakak dan berkelah le kami di bawah gazebo tepi padang sekolah.

Khasiat air kelapa ini antaranya:

  • dapat merawat campak: Airnya diminum untuk mempercepatkan pengeluaran campak di seluruh badan.
  • sekaligus dapat menurunkan suhu panas badan akibat demam.
  • dapat merawat cirit-birit tetapi semasa diminum airnya dan isinya dimakan, jangan dicampurkan dengan ais batu.
  • dapat merawat bengkak-bengkak badan: Air kelapa muda dicampurkan dengan beberapa hiris kunyit hidup kemudian direbus. Air rebusan ini diminum 2 x sehari pada waktu pagi dan petang sehingga sembuh.
Dalam cuaca panas sekarang ni, sedap juga kalau dapat minum air kelapa muda ni. Hari minggu nanti boleh lah ambil lagi.... :)


Monday

Batu sungai

Semasa melalui jalan Sg.Buloh - Kepong hari tu, mata saya begitu asyik memerhatikan nurseri tapak semaian bunga di sepanjang jalan. Berselang-seli dengan nurseri yang bukan setakat mempamerkan pokok-pokok bunga hiasan malah terdapat juga pasu2 tanah liat yang besar2 dan rata2 nampak begitu antik sekali. Seronoknya... rasa nak singgah, tapi dah tau gerenti che abang sebelah mesti tak layan punya.... hehehe

Dalam banyak2 kedai tu terpandang pula kat satu tapak besar yang tertulis "The Stone Shop". Kelihatan dari kejauhan bermacam jenis batu dijual di sana. Macam2 bentuk dan saiz. Ada yang kelihatannya batu buatan dan tak kurang batu sungai yang original.

Di laman kami, tak terkecuali dihias dengan batu2 sungai. Ada beli satu beg hari tu dek berkenan dengan warnanya yang cantik. Warna kuning yang menyerlahkan aura semulajadi.

Selebihnya... kami kutip sendiri batu-batu sungai dalam pelbagai saiz semasa berkelah di sungai berhampiran. Yang kutip sendiri ni rasa lagi ori dan lagi unik berbanding yang beli... :)

Cantik sangat bila susun batu sungai tu sume di keliling pasu2 besar. Terserlah kreativiti seni laman ilham sendiri kami sekeluarga. Nampak ada nilai2 seni gitu...Ada juga dapat idea dari majalah2 seni laman seperti Impiana dan Anjung Seri yang satu waktu dulu majalahnya kami beli hampir setiap bulan.

Ada kawan2 yang mintak batu sungai kat laman kami.
S
aiz batu sungai yang kami kutip tu besar2 dan elok sangat kalau untuk dibuat 'tungku' dalam merawat sakit2 badan, makanya ramai lah yang berminat nak memiliki....hehe

Jadi untuk tidak menghampakan, saya bagi je lah walaupun ada antaranya rasa sayang sangat sebab bentuknya tersangat lah cantik dan unik.... :)

Thursday

Kangkung

Dua hari lalu saya ada terbaca e-mail pasal kangkung namun ceritanya agak negatif. Bagi saya apa2 sayur sekalipun jika dimakan melebihi kadar sepatutnya boleh mengundang bahaya bila dah terlebih tu. Tambah lagi kalau sayur/ulam itu jika sebelum dimasak, tidak dibasuh bersih2 dahulu. Tentu saja boleh mengundang penyakit. Jadi tidak timbul cerita untuk kata sayur itu atau sayur ini tak baik memandangkan banyak fakta yang boleh ditemui tentang kebaikannya berbanding keburukan.

Kangkung di rumah saya memang sentiasa ada...Bukan kangkung yang macam kat pasar tu tapi kangkung jenis kampung(tanaman secara menjalar). Saya tanam dulu asalnya dari biji benih yang dapat dari kawan yang tinggal di Kuala Kubu. Senang guna biji benih ni, balik rumah terus tabur kat tanah yang dah digembur sedikit. Bukan buat batas apa pun. Tabur macam tu je. Selang 2 minggu dah keluar pucuk2 kecil dari biji benih tersebut. Mula-mula hanya siram dengan air paip je tiap hari. Tunggu besar sikit baru saya siram dengan air basuhan beras dan air basuhan ikan. Tup tup subur pula jadinya...


Rasa senang sangat bila dah tanam kangkung ni. Sesak2 takde sayur, petik je kangkung boleh buat lauk 'Kangkung Goreng Belacan' atau sekurang2nya boleh dimasukkan dalam gorengan bihun atau nasi goreng.

Banyak juga khasiat kangkung ini, antara yang saya baca dalam buku Khasiat Sayuran, ia.....
Mengandungi vitamin A dan C.
Dimakan sebagai ubat herba untuk melawaskan pembuangan air besar dan juga sebagai tonik. Kangkung digunakan sebagai penawar racun dalam makanan dan minuman. Kangkung direbus dan airnya diminum sebagai ubat batuk. Makan banyak sayur kangkung boleh menenteramkan keadaan gelisah, tidak lena tidur dan sakit kepala.



Monday

Trimming day!!

Penat tak boleh cerita semalam. Satu family gotong royong clearkan laman yang dah mula nak jadi semak dengan rumput yang makin meninggi dan lalang2 yang tumpang sekaki. Daun-daun kering dari pokok2 buah papa pun luruh merata2.

Bila pandang atas pergola pula, ranting2 bunga kertas dah tumbuh tanpa arah tujuan... naik tinggi mencacak-cacak gitu... Tak boleh tangguh lagi. Kena trim jugak, tak boleh nak tunggu minggu depan.

Lepas breakfast, kami suami isteri terus masuk keje...hehe... Papa dengan penuh gaya menyandang penyembur racun baru nya...:) (befday prezen dari kitaorang - wife + 3 kids), dan mula meracun rumpai stat dari anjung belakang.


Saya pula mula memanjat tangga dan memangkas ranting bunga kertas menggunakan dua equipment penting. Satu, cutter kecil tapi bapak power boleh memotong ranting pokok sehingga sebesar getah paip air(tak ke power tu....) Dan satu lagi trimmer pokok yang baru di beli minggu lalu(Belum boleh bagi compliment sebab belum tau keupayaannya)

Bila melihatkan saya duk bertungkus-lumus memangkas ranting2 yang kasar itu, papa pun datang tolong ambil alih tugas yang begitu mencabar itu... :) Nak jadi cerita, tengah seronok guna trimmer yang baru tu...Pupppp!

"Ohh patah la mama...", papa memberi jawapan terhadap kemusykilan saya dengan bunyi yang saya dengar tadi. Hahh? Saya terdiam sekejap mencari kata2...

"Emmp... takpe, takpe... its ok pa...kalau nak patah tu, kat tangan mama pun patah juga..", kata saya menyedapkan hati suamiku dan hati sendiri...hehe... melayang rm33... :)

Pancaran matahari dah mula terik waktu papa mula mesin rumput. Sebelum tu abang dan shilah dah tolong clearkan daun-daun kering dan ranting2 bunga kertas yang dah dipotong.

Semua masuk kereta tolak dan kemudian dibuang di hujung tanah lapang di tepi bukit. Kesian abang, penat dia berulang-alik ke sana ntah berapa kali.

Alhamdulillah kerja2 penyelenggaraan laman tu selesai tepat sebelum masuk waktu zohor. Penat, penat, penat! Tapi lega rasa hati bila tengok semua dah clear....


Friday

Daun Selom


Emp... ini pasal ulam lagi. Bersemangat cerita pasal ulam sebab malam tadi rasa segar dan bertenaga selepas minum jus kegemaran... air pegaga. Rasa sakit-sakit badan dan sengal-sengal tulang beransur-ansur hilang lepas minum segelas air pegaga yang fresh dan sedap. Mai secawe.... :)

Ok cerita pasal daun selom ni, nampak gayanya pemberian keratan dari Ani hari tu tambah subur. Al-maklum le hari2 dapat suppliment air basuhan beras dari saya. Ya lah yang mana2 dekat dengan pintu dapur tu, itulah yang paling banyak dapat kredit.

Sebelum tanam daun selom hari tu, saya selalu tertukar2 antara daun selom dengan ulam Raja. Tak tau nak bezakan yang mana daun selom yang mana ulam raja. Tapi bila dah tanam memang ketara benar perbezaannya. Daun selom just simply boleh ditanam dari keratan batang dan statusnya dapat menjalar sedangkan ulam raja berdiri tegak sendirian berhad. Ia pula mesti di tanam dari biji benih atau anak pokok.

Banyak vitamin yang terkandung dalam daun selom iaitu vitamin A, B, C dan mineral. Ia boleh di makan mentah sebagai ulam atau dimasukkan sebagai campuran lauk seperti dibuat kerabu, campuran nasi ulam atau nasi kerabu, dimakan dengan laksa, sebagai perisa dalam sup dll. Orang kata kalau sesak2 takde daun saderi kat rumah, boleh la digantikan dengan daun selom.

Saya mendapat info bermanafaat di mana air rebusan selom jika diminum boleh dijadikan penawar demam panas, selsema, susah buang air kecil dan jika ada masalah kencing bercampur darah.

Wah! Bagus daun selom ini kalau diamalkan memakannya. Jom cari dan tanam sendiri kat rumah. InsyaAllah jika tanam sendiri, kemungkinan nak kena keracunan dari sebab semburan baja2 kimia dan racun serangga dapat dielakkan.

Bunga kaler maroon ku kembang

Hari ni hari yang bz sangat rasanya. Keluar masuk rumah ntah berapa kali. Keluar masuk kereta pun dah banyak kali. Last sekali tadi balik dari ambik anaknda solat Jumaat. Dalam rumah pun duk berjalan berulang-alik di laluan yang sama berkali-kali: bilik, ruang tamu, ruang makan, family hall, dapur.

  • Bz sungguh dengan kerja2 rumah ni... :)
  • plus bz mengadun kueh untuk bisnes kecik2 FZ Frozen Food tu.... :)

Dalam duk pegi mari pegi mari tu, ternampak le kelibat dari tingkap ruang tamu, bunga faveret yang kaler maroon tu kembang. Huh tak boleh jadi ni. Kena lari keluar lagi ambik gambar bunga yang tengah bloom tu. Cantikkk bangat... hehe

Ini ler dia....Cantik kan!

info
:
Dengar cerita daun dari pokok bunga ini boleh dibuat bandage kalau lengan atau kaki terkehel/terseliuh. Kalau tak silap daunnya kena dilayur terlebih dahulu di atas api dan daun tadi harus disapu dengan kapur sirih + perahan asam limau nipis(kalau tak silap lagi). Nantilah kena tanya makcik2 tu dulu confirmkan caranya then saya akan update kan info yang soheh...InsyaAllah.


Labels