"Pa, cepat pa! Bawak fon sini! " Saya memanggil suami dari pintu dapur.
Suami saya cepat2 datang dengan handphone di tangan.
"Ada apa?", soal suami penuh tanda-tanya.
"Tengok ni pa...cantiknya... ", saya terus menunjukkan sekuntum bunga yang tiba2 saja bloom pagi ni dari salah-satu spesis cactus kami.
"Ni first time keluar bunga ni pa.. Mana ada sebelum ni", sambung saya lagi tanpa menunggu sebarang respond dari suami.
Tanpa berlengah lagi, saya terus meminta suami snap gambar bunga yang begitu unik itu. Tak pernah terfikir cactus saya yang jenis biasa itu boleh produce bunga yang begitu cantik sekali. Besar pula tu bunganya. Pelik tetapi benar.
Wow! Hepi sangat rasanya. 

Monday
Kembang di laman dapur
Posted by fzi at 21:56 0 comments
Labels: Kaktus
Baring Baring

Jom baring baring. Penat pulak rasa badan sehari dua ni. Sejak balik vacation kat PD hari tu lenguh2 badan ni masih belum recover. Semenjak dua menjak usia dah meningkat ni, badan pun asyik penat je. Sakit urat, lenguh sendi dan kurang stamina. Ingat hari tu nak jogging dan exercise sikit. Tapi bila tiba weekend tu, the body simply cannot take it and intruct the brain to just relax and baring-baring, do nothing but starring at the living room and laman outside. After a while ZZZzzz......

Posted by School Of Tots at 10:57 1 comments
Labels: santai
Kelapa Pandan
a pula sudah berusia 50 tahun tapi nampak macam umur 40 tahun.Posted by School Of Tots at 10:28 0 comments
Labels: Tanaman Buah
Tuesday
Panorama belakang rumah
Saya suka memandang ke langit. Setiapkali memandangnya hati rasa teruja bila melihat design awan yang berbeza setiap hari. Cantik dan mengasyikkan. Subhanallah! Alangkah indah ciptaan-mu ya Allah. Alangkah hebat ciptaan ini.
Kebetulan rumah kami terletak di tanah yang agak tinggi. Jadi, dalam kesibukan buat kerja-kerja rumah setiap hari, saya sering rehatkan minda dengan melihat panorama langit yang terbentang luas... terus dari pintu lipat belakang rumah kami.
Jika dipandang direct ke depan, pemandangan terus menjurus ke tangki air besar kawasan perumahan.
Jika dipandang ke sebelah kanan pula, pemandangan menghala ke persekitaran tasik yang redup dikelilingi pepohonan dengan air yang tampak tenang.
Bayu di keheningan pagi dan kala petang sering menyapa tanpa kami perlu terlalu bergantung kepada putaran kipas angin. Kehadirannya tanpa sebarang pencemaran udara. Ini adalah kerana kawasan di belakang rumah hanya ada cerun-cerun bukit yang tertanam pokok2 getah dan kelapa sawit.
Posted by fzi at 17:34 0 comments
Labels: view
Thursday
Mesin rumput
Pagi ni rasanya cuaca amat elok untuk berkebun. Saya pun apalagi, lepas masak nasi goreng untuk breakfast anak-anak, terus keluar cabut rumput liar yang makin banyak dalam rimbunan sayuran pegaga dan daun kesum. Mula-mula cabut di sekitar pintu dapur je, kemudian melarat sampai ke bawah rumah orkid dan pergola.
Bila berpaling ke belakang, terpandang pula rumput di laman yang makin panjang. "Nak kena mesin ni", bisik hati kecil saya.
Tengah duk pk2 tu tiba-tiba terdengar bunyi message masuk dari fon Nokia 7610 saya. OOh.... suami hantar sms dari ofis rupanya. Eh...eh...tak sangka pulak papa pun pesan suruh mesin rumput. "Emmp..terfikir perkara yang sama rupanya aku dan si dia...hehehe".
Mesin tu baru je kami beli 2 bulan lepas. Jenama Sprint buatan USA dan 'rupa dia' sekali pandang macam kereta lumba di litar F1 Sepang gitu...hehehe.. Kami decide nak beli hari tu selepas congak2 pro and kontranya. Sebab yang paling utama pasal dah tak larat nak upah En Supaiah yang kenakan caj rm60 - rm70 sekali mesin setiap sebulan setengah. Pk-pk, elok le pelan2 terai uruskan sendiri laman. Setakat ni alhamdulillah dah guna mesin tu dalam 5x dah, so duk kira kira dah dapat jimat lebihkurang rm300 kalau bayar upah En Supaiah. Syukurlah.... :))
Posted by fzi at 16:04 2 comments
Labels: peralalatan


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)





