CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Catatan Kenangan Impiana Iman


...dibeli pada 4 mac 2000
impian buat kami sekeluarga
tanah dirata
tiang dipacak
talam bertukar europlus (pemaju)
daun lalang bertukar konkrit
dinding terbina
bumbung didiri
tempat berteduh anakanda
amir, farihin dan iman
buah hati kami
kunci diberi 4 jan 2002
alhamdulillah
kami renovate untuk selesa
move-in pada 2 nov 2002
kami panjatkan syukur pada Allah
cranberry penuh ceria
eggshell di border
woodchip di dinding
crystal di dining
pemola di dapur
summer rose penuh elegent
toffee cream penambah seri
kami penuhi laman dgn pearl grass
delima, cempedak, durian belanda, kedondong
nenas, kelapa, dan mangga
(kini berganti wild grass, rambutan, longan, kelapa,
belimbing, betik, manggis, cempedak, tebu & pisang)
taman nan indah, okid, kaktus, segala dedaun
pergola tersergam mengamit ria
disamping okid house penyeri
open concept idea kami
biar lapang dan tenang
lake view, hill view, & town view
pencetus kedamaian
di impiana iman.


~ SOT ~

Dari Pintu Dapur


Walaupun sentiasa sibuk di dapur di mana kerja bersambung-sambung demi memastikan operasi bisnes kami yang kecil-kecilan ini berjalan lancar, namun hati selalu lapang bila mata sesekali mencuri pandang ke luar sana.


Kedudukan pintu dapur yang mengadap laman kecil di laluan tepi rumah, membuat diri sering ceria takkala mata menggamit kehijauan rumput mutiara dan kesuburan ulam-ulaman seperti pegaga, cekur, cekur manis dan daun kesum.

Angin yang bertiup lembut kadangkala menempiaskan kewangian aroma pohon kari, limau purut, lemon dan limau nipis semasa sedang melakukan kerja2 memasak di dapur.

Pohon anggur suami pula makin subur dan mula belajar melilit dawai serta tali rafia yang dibuat sebagai para-para.

Namun lain ceritanya dengan orkid yang saya alih sebahagiannya dari rumah orkid yang ternyata kurang serasi berada di bawah separa lindungan bumbung dapur kami. Walaupun dibubuh baja sebulan sekali tapi kelihatannya tidak galak berbunga berbanding semasa berada di bawah rumah orkid sebelum ini. Redup sangat agaknya.

Tuesday

Flora dan keunikannya

Nikmat mata yang Allah anugerahkan ini tidak ternilai harganya. Segala kecantikan dan keindahan alam ciptaan-Nya tak dapat diungkap dengan kata-kata. Pelbagai spesis tumbuhan yang tumbuh dengan pelbagai rupa dan bentuk menuntut kita berfikir terhadap setiap kejadian Allah Yang Maha Menjadikan. Uniknya alam flora... Subhanallah!

Ulam Pegaga




Hari ini nak sebut pasal ulam pegaga yang saya tanam di sepanjang laman tepi rumah yang mengadap pintu dapur. Daun pegaga ini selalunya saya petik sekali dengan akar2nya sebelum dicuci bersih2 lalu kemudiannya diblend untuk mendapatkan jus-nya. Ia merupakan tonik kegemaran saya, suami dan salah seorang anak perempuan kami. Rasanya memang... ummp!! Di samping dapat menghilangkan dahaga, ia juga berfungsi sebagai supplement herba buat kami sekeluarga.

Selain dari dibuat jus minuman, ia juga sering melengkapkan hidangan makan tengahari/malam kami di mana ianya kami makan sebagai ulam yang sedap kalau dicicah dengan sambal belacan atau budu.

info(dari buku Khasiat Sayuran): Amalan kerap memakan pegaga boleh menjadikan diri awet muda dan tubuh badan tidak gemuk. Pada masa lampau ada gerai yang menjual jus pegaga sebagai tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Dimakan, dibuat jus minuman atau direbus untuk diminum sebagai penawar alahan, antikanser, menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka, melawaskan buang air kecil, meransang peredaran darah, merawat cirit-birit, merawat sakit keronkong, penawar kencing berdarah, penawar batu karang, penawar demam panas, penawar ulser, sebagai minuman tonik dan menurunkan tekanan darah tinggi.


Monday

Bunga Kantan


Di rumah kami, hanya saya saja yang menggemari 'bunga kantan'. So bila dah bunganya berlebih dan tidak termakan, dapat le saya potong dan bagi kat siapa2 yang kebetulan datang bertandang sebagai 'buah tangan'. Teramat sedap bila dicampur dengan masakan asam pedas ikan tenggiri.

Semasa ke pasar satu hari tu, sempat saya bertanya harga bunga kantan kat salah seorang penjual sayur. Rupa-rupanya harga di pasaran sekarang ni 70 sen satu...Fuh, mahal nya! Kalau macam tu, banyak juga le RM dapat saya jimatkan dalam bab sayur ni sebab selain dari bunga kantan kami juga ada tanam sendiri sedikit sebanyak sayur2 lain yang boleh dipetik semasa sesak-sesak... hehe..

Saya ada terbaca dari buku (Khasiat makanan dan ubatan 'Rempah Ratus') yang kami pinjam dari library awam Kuala Kubu Bharu minggu lepas, mengatakan bahawa ekstrak kantan bersifat antimikrob terhadap pelbagai mikroorganisma penyebab penyakit dan sitotoksik terhadap karsinoma serviks manusia, juga bersifat antibakteria dan antikulat(actually saya sendiri tak berapa faham beberapa istilah sains tu)... hehe... tapi bole le kita assume yang ianya baik untuk lawan penyakit.

Satu lagi berita baik! Rupa-rupanya ia juga berfungsi untuk merawat sakit telinga dan mewangikan bau badan!


Saturday

Jom Kita Ke Rumah Okid

Rumah Okid kini sudah di mamah usia. Maklumlah sudah 6 tahun.
Aneka okid dari spesis okid hutan (wild orchid), butterfly, golden shower dan lain-lain mewarnai keserian rumah orkid. Kebanyakan pokoknya sudah matang dangan cengkaman akar yang kuat dan daun yang hijau berkilat.
Bahagianya hati melihat bunga-bunga okid yang kembang silih berganti. Saat orkid berbunga itulah baru terasa akan nikmatnya dalam bertanam orkid.

Seni Laman Dalam Taman




Di anjung depan rumah tempat bersantai ada sudut tanaman hiasan dalam pasu, cozy and inviting.
Sudut feveret untuk relax dan melelap mata buat seketika.

Padang menghijau di depan memberi kelapangan dan sense of open space.
Simen kasar tanpa tiles seolah-olah konsep ala-ala bali gitu ...

Okid View



Kalau nak di beli yang siap kembang begini tentunya banyak RM yang terpaksa dikeluarkan untuk harga sepasu. Namun kalau dibela dari anak pokok atau 'cutting' yang boleh di beli dengan harga 3 anak pokok untuk RM10(contohnya untuk spesis baby butterfly), akan lebih terasa keseronokan menanam dan merawatnya.

Bagi orkid warna bunga kelabu di bawah, anak pokoknya dibeli dengan harga RM8, 5 tahun yang lalu. Sudah matang pokoknya dan berbunga secara berkala dengan wangian harum semerbak di mana bunganya dapat bertahan sehingga 14 hari. Bagi spesis ini jika dibeli yang sudah siap bloom, harganya di pasaran boleh mencecah RM80 ke atas...


Nak tengok lain2 okid yang ada kat laman? Apa kata kita lawat blog okid saya yang bernama SERI ORKID.... jom! :))


Impiana Iman

Sebuah teratak idaman di daerah yang jauh dari kesibukan kota. Nama di ambil sempena anak ketiga. Dikelilingi bukit bukau, tasik, ladang kelapa sawit dan getah. Bersulam panorama syahdu di bawah limpahan langit biru. Tampak puncak Genting Highland sayup di kejauhan. Kesegaran udaranya menenang jiwa. Di sinilah semenjak November 2002 bermulanya satu penerokaan sebuah laman kosong yang bertanah gersang berbatu kerikir sedikit demi sedikit, hari demi hari hinggalah ke hari ini 6 tahun kemudian. Semuanya hasil keringat sendiri suami isteri yang berkongsi hobi dan impian yang sama. Untuk paparan sebuah landskap citarasa sendiri, di usahakan sendiri, do it yourself (DIY) buat pencinta seni laman. Indah dan menarik itu tafsiran masing-masing. Namun yang pasti keluarga ini alhamdulillah bahagia di sini meniti usia.

Impiana Iman
sebuah impian yang jadi kenyataan. Sebelum ke sini, isi majalah Impiana dan Anjung Seri menjadi igauan. Syukur pada Illahi. Koleksi okid dari sejak dahulu segar dan tumbuh subur menghasilkan bunga-bungaan yang mengasyikkan bagi pencinta okid. Tanaman hiasan yang berwarna-warni dan berlainan rupa memenuhi anjung rumah dan ruang laman. Tidak ketinggalan pokok buah-buahan yang sesetengahnya sudah beberapa musim dapat dinikmati hasilnya. Jadi itulah yang ingin dikongsikan di blog ini untuk pencinta flora dan seni laman.


~ SOT ~

@@

Labels