Kalau tak silap lah, kata kawan2 pokok ni orang bagi gelaran Asam Batu atau dikenali juga dengan nama 'Begonia'......betul la tu kot... :)
Tinggal satu spesis ni je...hari tu ada 2 jenis asam batu ni....Satu tu yang Pak Nor sebelah rumah kasi....tapi sayang pokok yang tu, umur tak panjang.... pupus macam tu je.... dulu hidup subur dan banyak membiak dalam dua tiga pasu. Alhamdulillah, dah dapat panjang2kan pula sedekahnya pada kawan2 yang lain. Tapi disebabkan tak terjaga, pokok tu lama2 pupus macam tu je....
Maka tinggallah asam batu yang ni satu je..... satu2nya hadiah dan kenangan dari Kak Siah Pak Nik yang kasi beberapa tahun dulu. Selama hari ni saya tak perasan yang ianya masih ada lagi. Duduk-letaknya agak tersorok di celah-celahan pokok di tepi pagar berhampiran pergola. Semasa saya kemaskan sikit bahagian tersebut *yang jadi hampir semak* tempohari, nampak lah asam batu ni... ibarat melukut di tepi gantang la pulak.... duduk terpinggir je dalam rimbunan pokok2 lain tu....ishk
Jadi saya pun terus korek keluar perlahan2 dan masukkan ia dalam pasu yang sederhana besar. Lepas dua tiga minggu, nampak dah makin naik dan kelihatan subur pulak.....mmmm.....cantikkk sangat...tq buat Kak Siah yang kasi hari tu.... :)
Monday
Asam Batu
Posted by fzi at 10:34 10 comments
Labels: tanaman hiasan
Bermain di Laluan Pejalan Kaki
"Mama, kakak duk main dekat tempat jalan2 tu, adik dah penat..."
Tiba-tiba datang salah seorang cucu kak Ina datang mengadu pada mama dan neneknya yang sedang borak2 dengan saya di dapur. Ohhh rupa2nya Auni datang ngadu yang kakak2 dia duk sibuk main lompat2 dan lari2 atas laluan pejalan kaki di luar pintu dapur kami. Sedangkan member yang kecik ni dah tercungap2 penat... tak larat dah nak ikut rentak kakak2nya.... :)
Itu dialog minggu lepas masa kami sekeluarga buat mini open house untuk raikan jiran2 terdekat dan kawan2 anak yang sulong.
Minggu ni ada open house lagi, makanya tempat laluan tersebut sekali lagi turut menjadi perhatian anak2 kecil yang datang berkunjung...hehehe...
Semua seronok berlari2 mula dari tapak pertama di hujung lantai pergola, merentasi bawah rumah orkid kemudian terus sampai ke garisan penamat di anjung dapur kami. Budak2.... biasalah tak kenal erti penat....diaorang patah balik menuju ke pergola berkali-kali. Suka benar la tu.... itu yang saya ambik peluang snapkan gambar masa diaorang tengah ghalik duk melompat2 tu... hehehe
Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada lah hiburan buat anak-anak ini berekreasi hilangkan boring... :)
Posted by fzi at 08:30 2 comments
Labels: seni laman
