Sampai ketika dan saat ini misi untuk selek palang-palang pergola belum terlaksana lagi. Semua sibuk dengan urusan lain. Yang diharapkan dapat jadi tukang selek pun dah balik hostel, tengah pereksa sekarang ni...hehe...jadi tunggu member balik hari Khamis ni lah InsyaAllah. Kalau orang lain nak ambik-alih kerja2 menyelek pun tak dapat juga sebab palang-palang pergola tiap hari basah kuyup... hari-hari kena hujan... Seeloknya kalau nak selek, palang pergola kena betul2 kering dan dah siap di sand-paper kan keseluruhannya terlebih dulu, baru seleknya nanti rata dan cantik berkilat.
Tapi sempat lah make-up kan sikit ruang pergola tu dengan dinding buluh + mengkuang yang baru papa beli. Sekeping berharga RM12 jadi ngam2 muat 4 keping untuk dilekatkan sebagai penghadang antara pagar rumah kami dengan rumah jiran. Cantik, kira wujud lah sikit2 konsep ala-ala bali gitu...hehehe.. Sebelum diikat di pagar tempohari, papa, abang dan shilah dah gotong royong varnish kannya terlebih dulu...kasi kilat sikit...owhh... cantik u!


Tuesday
Pergola berwajah baru (2)
Posted by fzi at 12:18 1 comments
Labels: seni kraf, seni laman
Sunday
Pergola pun berwajah baru




Bila nak raya ni, semua nak kena touch-up termasuklah pergola yang duduk-letaknya kat depan sekali tu. Masuk2 gate terus jumpa pergola dulu.
Bila perhati2, kaler tiangnya masih ok lagi... tapi bila dongak ke atas, palang2nya yang nak kena touch-up. Setelah hampir 7 tahun, pergola kayu cengal kami itu dah mula naik lumut. Tak boleh jadi nih, tak boleh dibiarkan. Kena kikis buang lumut2 tu dengan kertas pasir dan kemudian kena selek balik.
Satu lagi, bunga kertas kaler maroon atas pergola pun dah dicantas buang. Bukan takat ditangkas malah pokok dengan akar2 nya sekali dikorek buang. Dua minggu lepas kami minta khidmat En Kumar and the gang tolong selesaikan masalah ini. Kesian pulak nak mintak suami yang buat kerja2 berpanas kat luar ni sementelah waktu tu semua sedang berpuasa....
Jadi bunga kertas kaler 'aiskrim' pula yang dirancang dapat ganti jadi bumbung pergola kali ini. Kalau sebelum ni bunga kertas kaler maroon melatari bumbung pergola, kali ini nak kaler aiskrim *kombinasi kaler putih dan pink* pula.
Jadi setelah sekian lama, maka berubahlah pergola kami dengan wajah baru yang harap2nya akan tampil dengan imej yang lebih ceria dan bergaya... hehehe
Posted by fzi at 23:01 0 comments
Labels: seni laman
