CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Rumput Mutiara... Pearl Grass

Nak citer pasal rumput kali ni....


Tergerak hati nak tulis pasal Rumput Mutiara @ Pearl Grass sebab hati selalu memuji2 betapa cantiknya rumput ini dekat laman dapur tuh. Satu2nya ruang yang masih kekal dilatari dengan rumput mutiara ialah di laman dapur. Ruang lain pun sebenarnya memang ditanam dengan rumput ini juga tapi dek dah tak terkawal dengan rumput2 liar yang berebut2 nak kluar sama, hah sekarang semua dah bercampur2 dah. Dats y, senang citer papa just mesin je sume dua minggu sekali... redah semua, tak kira ko rumput mutiara ke, ko yang dah jadi cow grass ke, ko kemuncup2 yang selalu duk kacau time kitaorang main badminton tu.... hah sume broommm, mesin je sume...
 
Alhamdulillah, laman dapur masih kekal cantik dengan rumput mutiara sebab laluan kecil ini rajin diselenggara dari masa ke semasa. Masa keluar tengok2 ulam, saya selalu ambik peluang cabut2 rumput liar yang cuba ambik tempat tumbuh di celah2 rumput mutiara. Jadi bila selalu teringat nak cabut tu, maka maintain cantiklah rumput mutiara di sepanjang laluan tersebut... :)

Memang direkemen sangat2 lah buat sesapa yang tengah duk pk-pk nak tanam rumput apa kat laman rumah tu. Lebih2 lagi buat bro, akak2 dan adik2 yang baru pindah masuk rumah baru.... heheh... Cantikkk sangat kalau nak terai tanam pearl grass ni... rumputnya cam berkelopak-kelopak gitu, ruang laman nampak basah kehijauan, sejuk je mata memandang....  :))

...info tentang Rumput Mutiara *berdasarkan pengalaman menanamnya sendiri:
  • rumput mutiara tak perlu dimesin...
  • rupabentuk rumputnya cantik, kekal dalam saiz yang sama panjang. 
  • jika ditanam ditempat yang betul2 panas dan di kawasan yang terbuka (tidak berbumbung), saiz rumput jadi betul2 pendek, nampak cam bulat gitu...
  • jika ditanam di tempat yang 50:50 kepanasan jadilah saiz yang seperti dalam gambar di bawah.
  • jika ditanam di tempat yang berbumbung contoh bawah rumah orkid yang berbumbung netting, saiz daun jadi panjang-panjang (2" - 3" panjang) sementara kedudukan helaian rumput agak jarang...jarang... antara satu sama lain, tak padat... *kesimpulan: rumput mutiara agak tak brape sesuai ditanam bawah bumbung*
  • Sesuai dibajakan hanya dengan baja organik tahi ayam.  Kalau terlebih tabur pun, its ok ... rumput tak mati.
Cara maintain rumput mutiara:
  1. mesti rajin diselenggarakan dari masa ke semasa...mesti dipantau pertumbuhan rumput2 liar yang sentiasa curi2 ruang nak tumbuh sama.  
  2. mesti ditabur baja organik tahi ayam sekali-sekala untuk memastikan pertumbuhan rumput sentiasa sihat, subur dan menghijau.
  3. kalau bukan musim hujan, elok disiram sekurang2nya sekali sehari.
  4. tanahnya tidak terlalu liat agar lancar pertumbuhan akar, sebaiknya ada campuran tanah semasa awal2 proses menanam.
  5. rumput jangan sampai bertakung air... oleh itu harus dipastikan kedudukan tanah agak tinggi sekurang2nya sama paras dengan kaki lima rumah. Jika bertakung air, dikhuatiri ianya akan membusuk dan kemudiannya mati...  ia bukan jenis yang lasak macam Cow Grass.

11 comments:

Cik Melor said...

salam akak. dulu melor nak tanam rumput mutiara ni sbb suka dgn rupa dia. tapi cik abe nak tanam rumput carpet. so kite mengalah tanam la rumput carpet. penat nak kena jaga dan mesin setiap 1 minggu skali.

fzi said...

Wsalam Melor...
Ohh tanam rumput carpet pun cantik gak tu... akak pasni InsyaAllah nanti nak tulis pasal rumput carpet pulak...hehe
Memang kena mesin rumput carpet tu baru seronok anak2 nak main bola.. kalu tak, tebal jadinya kan melor..

Malay-Kadazan girl said...

Tak pernah pula dengar pasal rumput mutiara. Thank you for the introduction.

fzi said...

Malay-Kadazan girl...
Ohh belom penah dengar pasal ni ya...alhamdulillah, akak tumpang hepi jika n3 kali ini ada manafaatnya buat MKG dan kawan2 blogger yang lain yang mungkin terlepas info pasal rumput mutiara... :)

Bangchik and Kakdah said...

Kami tanam cowgrass... tapi yang lain pun tumpang tumbuh jugak... sekali sekala mencangkung cabut rumput asing, berdua dgn kakdah, sambil gossip2.. haha.

fzi said...

Bangchik...

Haha.. dapat imagine tentu meriah suasana bila gossip2 sesambil cabut rumput asing tu, heheh..
Ooo bangchik/kakdah tanam cow-grass ya.. orite le tu.. cow grass pun cantik, lasak lagi... tinggal mesin je ikut time.. :))

Rezy said...

halo, saya skrg ni tgh dlm proses menunggu pearl grass ni tumbuh ..dah tanam dlm 3 minggu gitu..cuma nye tu lah byk sangat yg bersaing nak tumbuh jugak..especially lalang ni...kws laman sy luas..so, mmg penat ler nak cabut cik lalang....hhmmm...kalau lah ada cara lain nak hapuskan pertumbuhan lalang tuh....geram laa....

mynormas said...

Tahniah.
Saya memang recommend rumput mutiara atau rumput cowgrass untuk kebanyakkan laman rumah. Tapi ramai orang lebih gemarkan rumput Philippine yang lebih 'glamour'.
80% persoalan yang saya terima di laman web saya www.mynormas.com mempunyai satu punca masalah yang sama: salah pilih rumput.

Unknown said...

saya dah tnm kedua2 jns rumput di atas....sama cantik..tpi saya lbh suka pearl grass...nmpk lg sejuk mata memandang....

Faozi@Ch said...

Assalamualaikum
Sya mmng tanam Pearl gras keliling rumah. Sya sentiasa pastikan keperluan air cukup utk rumput ni. Sebulan sekali sya tabur baja jenis1515. Adakah baja jenis ini sesuai utk pearl grass ini? Kesan nya tk memberangsangkan. Blh ke kak cerita cara penggunaan baja organik tahi ayam tu? Dimna blh didapati?

Unknown said...

Kalau rumput mutiara yang dah mati,ada cara tak?

Labels