CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Keladi Viral

Amboih...tajuk kemain...Keladi Viral gitew... Takpelah kannn, kita ikut rai'kan suasana pakai term yang menjadi fenomena dalam dunia hari ini...hi hi

Keladi semakin mendapat tempat dalam hatiku. Kalau sebelum ini begitu asyik dengan orkid  je zaman berzaman, sekarang perhatian dah split dekat keladi sama. Tiap hari mesti teringat nak keluar jengok keladi. Alhamdulillah sangat cantik keladi ni, ada istimewa yang tersendiri. 


Keladi CT iaitu Cat Tumpah memang tak dapat dinafikan tersangat lah cantiknya.  daunnya yang besar dan menyerlah dengan kombinasi dua warna merah dan hijau begitu berhantu....asyik muncul dalam ingatan kalau tak keluar tengok dia...hahaha

Keladi koleksi saya, ada yang komen kata macam termasuk dalam senarai KELADI VIRAL lah kiranya. Alhamdulillah ada beberapa id yang tergolong dalam kategori popular...kononnya la...hi hi


Jom kita tengok snapshot terbaru keladi di laman....












Sunday

Tanam Keladi Atas Tanah

Alhamdulillah kembali bersiaran setelah agak lama sepi blog ini. Jom lah kita tengok² laman. Laman hanya sesekali diselenggara dek tuan puan nya lebih masa untuk rehat dan rawat dek faktor usia. 


Sejak dua menjak ni suka dengan Keladi. Jadi banyak trip jugak la duk berulang ke nurseri pokok untuk cari² keladi. Terpengaruh dengan kakak ipar yang ikut sangkut minat keladi. Dia menanam keladi sampai boleh jual balik. Banyak dah dengarnya dapat dijual. Customer jauh² kot datang cari๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿ‘


Okay, jom tengok keladi saya. Selama ni semua duk dalam pasu, tiba² je dapat ilham nak buat mini lanskap, penghiasnya keladi. Jadi dengan gigihnya keluarkan beberapa keladi dari pasu pindah tanam atas tanah terus. Alhamdulillah nampak cantik sangat...๐Ÿ’š๐ŸŒฑ











Labels