CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Tumbuhan Jenis Ferns

Tumbuhan jenis ferns atau paku-pakis ni memang senang membiak. Ada la jugak beberapa jenis fern kat rumah kami termasuk fern yang tumbuh sendiri secara meliar. Ada juga yang merupakan hadiah dari kengkawan.

Bila di perhati, unik sekali bentuk daun tumbuhan ni. Ada yang berdaun kecil2, berpetak segi, menyerupai bulu burung dan ada juga yang memanjang serta bercabang. Cantik, semuanya ada keunikan tersendiri.

Dari pengalaman saya sepanjang bertanam ferns ini, saya tengok ianya senang sangat membiak samada di atas tanah, di batang pokok atau di atas batu. Walau dah dipotong2 daun-daunnya, akakr2nya tetap hidup dan kemudiannya mengeluarkan pucuk2 pokok yang baru. Struktur akarnya berselirat seperti dawai2 halus.


Apa yang pasti, kehijauan tumbuhannya mampu menambah seri beberapa sudut di luar rumah kami yang ada di antaranya kurang menyerlah sebelum ini. Jadi ferns yang subur menghijau kiranya menjadi penyelamat keadaan....:D

Jom tengok jenis2 ferns ini.....

8 comments:

melor said...

salam. melor again.Ferns memang kgemaran.Dulu smua jadi koleksi tap kini cuma tingal 1 i2 pun hidup segan mati x mahu. tak tahu pa tak kena.nant melor kasi tgk gambar ye n blh la akak bagi ideal camana nak myuburkan ye.

fzi said...

Wsalam melor...
Ohh akak rasa akak tau why ferns tu jadi tak berapa nak segar tu...sebab selalu jadi kat umah ni bila dah maximum merimbun pokoknya, akar dia dah jadi padat sangat tak leh nak pegi mana lagi dalam pasu...

kalu betul melor punya cam tu kena keluarkan semua, belahkan akar dia jadi dua tiga bahagian. Tanam balik setiap satu dalam pasu berasingan. InsyaAllah kuar balik pucuk2 baru... :)

cikgu said...

salam akak..
saya tertarik bila tgk koleksi fern akak tu...cantik..
Masa zmn2 skolah men dulu selalu jgk cari fern yg mcm dlm pic tu ( pic ke-2)...fern yg jenis ni byk hidup kat batang2 pkok kelapa sawit...bila dh jumpa fern ni..sy warnakan daunnya dgn maker pen (warna merah).Mmgn nmpk cntik n berkilat2..pastu masukkan dlam buku tebal biarkan ia kering..
fern ni mmg tahan lama...n biasanya sy letakkan kat album..jadi hiasan kat tepi2 gambar...nmpk klasik..(huhu...cerita zmn budak2 skolah).Sy biasa jgk tgk fern yg jenis ni org letakkan sbgai hiasan utk gubahn buah2 an kat dalam bakul utk hantaran perkahwinan..canti & kreatif...

fzi said...

Wsalam...
Thanx cikgu... akak pun minat sangat ngan ferns tu sume... hijau daunnya lain macam...sejuk mata memandang... :)
Ohhh ferns yang ke 2 tu memang berkilat daun dia...oh cikgu pun rupanya familiar ngan ferns liar tu dari dulu lagi ya...hehe.. mesti cantik bila duk lendek je dalam buku tebal tu kan cikgu...
Akak pun selalu gak kerat ferns yang satu tu buat saing dengan cutting orkid, boh dalam vas berisi air wat hiasan... :D

anem said...

salam..
sejuk mata memandang tengok pokok fern yang awak tanam, dulu saya ada jugak menanam pelbagai jenis, tapi sekarang tinggal 2-3 jenis jer semenjak pindah rumah untuk buat rumah baru.Pokok nie tak boleh kena panas terik memang cepat kering dan mati, tapi jangan dibuang , pindahkan ke tempat teduh nanti ia tumbuh semula. Sekarang rumah saya dah siap dan dah mula menyelenggara balik pokok2 saya, Tak sabar nak tengok ia hidup subur.

fzi said...

alhamdulillah...apa khabar semua? rindunya blogging...

mak wan said...

Cantik tanaman kat sini...kalau boleh tanya selalu pakai baja apa untuk tanaman?

Unknown said...

Assalam bolehbx saya nk dapat benih fern tu. Pokok sy dah mati๐Ÿ˜”

Labels