Wednesday

Limau purut dah lebat berbuah...

Ada satu ketika dulu, saya merungut2 ... "bila la pokok limau purut tu nak berbuah"... tunggu punya tunggu at-last keluar la tiga empat bijik.. tu pun dah hepi habis dah, teruja untuk nak rawat rambut.

Nak sangat dia berbuah, hah sekarang tak berenti kuar.... boleh tahan lebat buahnya... hari ni je saya dah petik dalam 8 biji,  yang ada kat pokok nampak banyak lagi.  Bila dah ada banyak ni, tak terawat le pulak rambut...hehehe... masa ada tiga empat biji hari tu, bukan main lagi bersemangat...  :))


*** kaitan buah limau purut dan rambut ada dulu citer dekat SINI... daunnya pun boleh dibuat syampoo.. boleh baca kat SINI...



8 comments:

  1. salam,

    suburnya limau purut..saya dah lama niat nak tanam tapi sampai la ni xtanam2 sebab masa selalu xde...

    ReplyDelete
  2. Nak berdaun pun pokok limau purut kakdah masih memaksa diri, berbunga dan berbuah masih jauh lagi agaknya.... tahniah limau purut anda dah berbuah

    ReplyDelete
  3. Wsalam ummufarhan...
    Elok tanam cepat ummufarhan. Pejam celik pejam celik lama2 tinggilah pokoknya nanti...InsyaAllah. Takyah lagi kita nak beli daun limau purut tiapkali rasa nak masak tomyam...

    ReplyDelete
  4. Bangchik/kak dah...
    Mula2 nak membesar memang ada cabaran sikit pokok limau purut tu... berdepan dengan macam2 serangan serangga...hehe
    Tapi once bila dah mula subur, InsyaAllah akan terus subur...lama2 bila dah sampai tempoh matang pokoknya InsyaAllah kuar lah buahnya.. :))

    ReplyDelete
  5. tanam pokok buah buahan ni kena sabar....kena tegur...bila kau nak berbuah?...he..he..

    ReplyDelete
  6. en zul...
    Betul tu... pakcik sebelah umah saya pun kata camtu, masa tu dia tanya2 pasal buah dragon kami.."dah mula berbuah belom?" Saya kata lah..."...belom, dah bosan tunggu, rasa nak cabut buang je.."
    Itu yang pakcik tu suh bawak borak2 sikit ngan pokok dragon fruit tu, tanya2 bila nak berbuah, ugut2 sikit kalu tak kuar juga buah, nanti nak kena tebang...hehe...

    ReplyDelete
  7. Pokok limau saya daun lebat.. Tp xberbuah.. Ada baja tertentu ke kena letak nak bagi berbuah?

    ReplyDelete
  8. Nk tanye... Berapa lama limau purut boleh bertahan sehingga ia kecut?

    ReplyDelete

Assalamualaikum