Monday

Jungle Trekking lagi di Tanjung Tuan

Cerita jalan2 lagi... baru kejap tadi lepas cerita pasal jalan2 dalam blog Seri Orkid. Tapi kat sini nak citer pasal jalan2 yang lasak sikit, jungle trekking edisi ke 2 untuk tahun ini. Cerita edisi pertama boleh tengok kat SINI.

Alhamdulillah, baru-baru ini kami ke Ilham Resort lagi. Tapi kali ini ajak kawan baik kami sekeluarga ikut sama. Jadi meriah le suasana bila anak2 kami yang tiga orang ada gang seramai tiga orang lagi join...

Sebagaimana plan yang dirancang malam sebelumnya, pagi2 lagi kitaorang dah bersiap untuk berjungle trekking. Tapi nak jadi cerita, hujan le pulak pagi tu... jadi rancangan ditunda, tunggu hingga hujan teduh.

Berenti je hujan, nampak berpusu2 orang ramai bergerak memasuki gate Hutan Lipur Tg Tuan tu. Pasukan kami yang seramai 10 orang pun tak mahu bertangguh lagi, terus ikut maju ke depan. Tapi pakaian dah tak proper attire dah, anak2 taknak naik tukar kasut...jadi sume diaorang yang dari swimming pool terus masuk hutan dengan pakai seliper je.. hehe... Pengalaman pertama bagi anak2 sahabat kami, semua excited meredah mini hutan Tg Tuan dan nampak really enjoy the green.... :))


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum