Tuesday
Pusing Kutip Hasil Tanaman....
Ohh seronoknya.... pagi2 dengan pisau potong ayam *pisau besar dan tebal* kat tangan, saya melangkah dengan konfidennya menuju ke arah pokok pisang emas.
Tak tunggu papa buat, buat sendiri je. Hayun pisau dan terus cantas setandan pisang emas yang dah kira sampai tahap betul2 matang dah untuk dipetik. Nak tebang pokoknya, hah yang tu kena tunggu papa lah.... hehe
Ok selesai cantas pisang setandan tu, dongak pulak atas pokok betik... adusss...ada dua bijik betik yang tengah masak ranum. Ohh sedap tuh, masak kat pokok pulak tu, tentu 'manis letting' *oghe kelate kata*
Lepas tu, teringat petang semalam nampak dari tingkap living room, ada 3 kuntum bunga kantan yang dah boleh petik. Terus pula konar ke laman tepi bilik anak bujang, petik bunga kantan pulak.
Bunga kantan saya ni rajin berbunga. Boleh kata selalu ada je kuntum-kuntumnya... baru tiga hari lepas saya dah petik 2 kuntum. Sedappp sangat bila masuk bunga kantan bila time buat asam pedas.... tak kira la, asam pedas ikan ke asam pedas Ayam ke... sume sedap :)
Hmmm... seronok pusing2 kutip hasil tanaman pagi-pagi ni.... :)
**update 24/4/2010 Isnin
sumber: Buku Tanaman Berkhasiat Ubatan
Kantan: Kegunaan dan khasiat
Air rebusan buah kantan digunakan sebagai ubat titik bagi menyembuhkan sakit telinga. Air rebusan daunnya pula dibuat ubat cuci untuk luka-luka di badan.
Pokok kantan boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan, terutama pada wanita yang baru melahirkan anak. Batang pokok ini dipotong-potong, ditumbuk lumat dan direbus dengan air. Air rebusannya dibuat mandian.
Buah kantan dipercayai dapat menguatkan tenaga batin untuk orang lelaki. Bijinya pula berkhasiat untuk menambah selera makan dan dibuat tonik untuk menyegarkan badan. Biji kantan ditumbuk lumat, dicampur air dan diminum. Biji kantan juga boleh menghilangkan lendir dan kahak daripada badan.
Wallahu'alam.
Nota: Khasiatnya dah ada ditulis dalam n3 Bunga Kantan sebelum ini, bersumber dari buku lain. Jemput lihat di SINI dan di SINI.
Salam, bestnya laman awak ya! Jeles saya baca....haha! Saya ada pokok pisang pendek sedang bebuah, tapi masih kecil. Pokok kantan dah 3 tahun tak berbunga lagi. Pokok betik dah berbunga, tapi harap2 bolehlah berbuah. Belum tahu jantan atau betinanya. Huhu
ReplyDeleteWsalam Ydiana...
ReplyDeleteHehe.. laman tu sedap mata memandang bila lepas mesin rumput je. Kalu tak, tak leh nak jalan, penuh ngan kemuncup...hihi
Seronok tuh tanam pisang, kami pun baru2 ni ada tambah tanam lagi...
Kantan tu nak bagi subur elok diana siram ngan air basuh beras/ikan. InsyaAllah bunga kantan akan kuar gemuk2 je sume...hehe
Betik tu, dont wori be hepi, kalu bukan betik jantan, komfem cam2 mana pun mesti nanti kuar buah... :))