Saturday
Pokok Cili
Ini lah satu2nya pokok cili yang masih ada.... huuuu.. Hari tu ada banyak lah juga. Cili api kampung yang kecik2 tu pun ada dan tak putus2 dulu, sampaikan lama jugak le saya tak payah beli kat pasar bila nak buat sambal belacan. Tapi sekarang semua pupus, satu pun pokok cili api/cili merah takde.
Jadi hanya pokok cili yang satu ini sajalah setakat ini sudi berbunga dan menerbitkan cilinya. Tak sangka boleh tahan juga lebatnya. Namun tak ingat pulak saya bila disemai benihnya kat situ. Agaknya yang tumbuh sendiri semasa saya menyiram air basuhan beras dan ikan, benih2 cili kering mungkin ada termasuk sama kot.... Ahhh tak kisahlah, janji boleh lah guna cili2 ini, boleh masuk dalam sayur lemak atau slice2kan ia masuk bersama bawang besar semasa goreng daging.... mmm...alhamdulillah syukur....
bestnye ada pokok cili sendiri.. cili pun mahal la sekarang...
ReplyDeletememang...akak hari tu beli satu genggam je cili api RM1.50...hari tu rasa kalau ambik banyak tu baru 0.50 sen...
ReplyDeleteassalamualaikom....
ReplyDeletesudilah kirany7a akak mencurahkan pendapat di blog saya http://anakkhas.blogspot.com
saya ada mengusahakan kebun untuk murid pendidikan khas...
kami dah tanam hampir 25o pokok cili api...
cadangkan apa saja akak kalau saya tak tahu akak tegurlah
cantik cili akak berkilat kalau kat kedai takyah cakap la dah la mahal dah kecut lak tu...
Wsalam anakkhas...
ReplyDeleteWahh besar-besaran tu projek tanam cili! Bagus sangat tu berbudi pada tanah....
Teringat arwah FIL akak dulu ada bagi tips suh gunakan baja organik untuk cili tak kira lah baja **** ayam atau baja **** kambing baru pure rasa pedasnya. kalu guna baja kimia warna-warni tu, cili tak berapa nak pedas....wallahu'alam.
Selamat berkebun anakkhas..