CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Pokok Cili


Ini lah satu2nya pokok cili yang masih ada.... huuuu.. Hari tu ada banyak lah juga. Cili api kampung yang kecik2 tu pun ada dan tak putus2 dulu, sampaikan lama jugak le saya tak payah beli kat pasar bila nak buat sambal belacan. Tapi sekarang semua pupus, satu pun pokok cili api/cili merah takde.

Jadi hanya pokok cili yang satu ini sajalah setakat ini sudi berbunga dan menerbitkan cilinya. Tak sangka boleh tahan juga lebatnya. Namun tak ingat pulak saya bila disemai benihnya kat situ. Agaknya yang tumbuh sendiri semasa saya menyiram air basuhan beras dan ikan, benih2 cili kering mungkin ada termasuk sama kot.... Ahhh tak kisahlah, janji boleh lah guna cili2 ini, boleh masuk dalam sayur lemak atau slice2kan ia masuk bersama bawang besar semasa goreng daging.... mmm...alhamdulillah syukur....


4 comments:

Anonymous said...

bestnye ada pokok cili sendiri.. cili pun mahal la sekarang...

fzi said...

memang...akak hari tu beli satu genggam je cili api RM1.50...hari tu rasa kalau ambik banyak tu baru 0.50 sen...

Unknown said...

assalamualaikom....

sudilah kirany7a akak mencurahkan pendapat di blog saya http://anakkhas.blogspot.com

saya ada mengusahakan kebun untuk murid pendidikan khas...

kami dah tanam hampir 25o pokok cili api...

cadangkan apa saja akak kalau saya tak tahu akak tegurlah

cantik cili akak berkilat kalau kat kedai takyah cakap la dah la mahal dah kecut lak tu...

fzi said...

Wsalam anakkhas...

Wahh besar-besaran tu projek tanam cili! Bagus sangat tu berbudi pada tanah....

Teringat arwah FIL akak dulu ada bagi tips suh gunakan baja organik untuk cili tak kira lah baja **** ayam atau baja **** kambing baru pure rasa pedasnya. kalu guna baja kimia warna-warni tu, cili tak berapa nak pedas....wallahu'alam.

Selamat berkebun anakkhas..

Labels