Penat tak boleh cerita semalam. Satu family gotong royong clearkan laman yang dah mula nak jadi semak dengan rumput yang makin meninggi dan lalang2 yang tumpang sekaki. Daun-daun kering dari pokok2 buah papa pun luruh merata2.
Bila pandang atas pergola pula, ranting2 bunga kertas dah tumbuh tanpa arah tujuan... naik tinggi mencacak-cacak gitu... Tak boleh tangguh lagi. Kena trim jugak, tak boleh nak tunggu minggu depan.
Lepas breakfast, kami suami isteri terus masuk keje...hehe... Papa dengan penuh gaya menyandang penyembur racun baru nya...:) (befday prezen dari kitaorang - wife + 3 kids), dan mula meracun rumpai stat dari anjung belakang.
Saya pula mula memanjat tangga dan memangkas ranting bunga kertas menggunakan dua equipment penting. Satu, cutter kecil tapi bapak power boleh memotong ranting pokok sehingga sebesar getah paip air(tak ke power tu....) Dan satu lagi trimmer pokok yang baru di beli minggu lalu(Belum boleh bagi compliment sebab belum tau keupayaannya)
Bila melihatkan saya duk bertungkus-lumus memangkas ranting2 yang kasar itu, papa pun datang tolong ambil alih tugas yang begitu mencabar itu... :) Nak jadi cerita, tengah seronok guna trimmer yang baru tu...Pupppp!
"Ohh patah la mama...", papa memberi jawapan terhadap kemusykilan saya dengan bunyi yang saya dengar tadi. Hahh? Saya terdiam sekejap mencari kata2...
"Emmp... takpe, takpe... its ok pa...kalau nak patah tu, kat tangan mama pun patah juga..", kata saya menyedapkan hati suamiku dan hati sendiri...hehe... melayang rm33... :)
Pancaran matahari dah mula terik waktu papa mula mesin rumput. Sebelum tu abang dan shilah dah tolong clearkan daun-daun kering dan ranting2 bunga kertas yang dah dipotong.
Semua masuk kereta tolak dan kemudian dibuang di hujung tanah lapang di tepi bukit. Kesian abang, penat dia berulang-alik ke sana ntah berapa kali.
Alhamdulillah kerja2 penyelenggaraan laman tu selesai tepat sebelum masuk waktu zohor. Penat, penat, penat! Tapi lega rasa hati bila tengok semua dah clear....
wow!!btuah mama amir dpt anak yg rajin mnolong cm2..
ReplyDeletebtw,,msti byk pokok2 bunga kt umah makcik kn..
hehe... sume kena tolong le salwa, sebab sume keja kena buat sendiri... tak larat nak upah orang.. :)
ReplyDeleteNanti amir buat gathering kawan2 skola, bole le salwa n the gang mari k.. bole tengok bunga2 makcik...:)
ahaha..sengeh sajo cutter patah kan..hehehe..
ReplyDeletebli bru la nmpak nye pas ni..
tu la pasal bang... pakcik kedai hardware ari tu iya2 kata trimmer ni yang heavy-duty punya.. hmmm
ReplyDeletewatch out for my posting entitled "ghostbuster" at schooloftots. by the way 'sakit urat' not yet recovered.
ReplyDeletetakpe takpe... InsyaAllah the 'sakit urat' will be recovered by pegaga juice! :)
ReplyDeleteSalam.Thanks a lot coz sudi bg semangat buat kami pendidik anak2 istimewa.moga keprihatinan anda ini sedikit sebanyak memberi ruang n peluang utk mereka menonjolkan minat n kreativiti mereke yg tersendiri.
ReplyDeletep/s : suka masuk blog ni coz sejuk mata memandang nengok pokok2 menghijau.luas ye laman umah tu...memang patut gotong royong 1 famili....ape yang penting...kerjasama...hehehe
Wsalam.
ReplyDeleteTimakasih cikgu... memang 'terpaksa' ada hari gotong royong kalau tak laman tu boleh jadi 'hutan'...hehe
Dulu ada juga minta tolong orang mesinkan rumput dan trim kan pokok tapi now rasa dah tak sanggup nak keluar rm60 setiapkali diaorg datang...
Luasnya laman rumah akak...tumpang seronok tengoknya.
ReplyDeleteShida.. kadang laman tak terjaga gak.. akak bz ngan keje kat dapur... tak kuasa nak cabut rumput2 liar yang dah hampir nak tawan pearl grass tu...hihi..
ReplyDeleteThx shida!