Thursday

Kangkung

Dua hari lalu saya ada terbaca e-mail pasal kangkung namun ceritanya agak negatif. Bagi saya apa2 sayur sekalipun jika dimakan melebihi kadar sepatutnya boleh mengundang bahaya bila dah terlebih tu. Tambah lagi kalau sayur/ulam itu jika sebelum dimasak, tidak dibasuh bersih2 dahulu. Tentu saja boleh mengundang penyakit. Jadi tidak timbul cerita untuk kata sayur itu atau sayur ini tak baik memandangkan banyak fakta yang boleh ditemui tentang kebaikannya berbanding keburukan.

Kangkung di rumah saya memang sentiasa ada...Bukan kangkung yang macam kat pasar tu tapi kangkung jenis kampung(tanaman secara menjalar). Saya tanam dulu asalnya dari biji benih yang dapat dari kawan yang tinggal di Kuala Kubu. Senang guna biji benih ni, balik rumah terus tabur kat tanah yang dah digembur sedikit. Bukan buat batas apa pun. Tabur macam tu je. Selang 2 minggu dah keluar pucuk2 kecil dari biji benih tersebut. Mula-mula hanya siram dengan air paip je tiap hari. Tunggu besar sikit baru saya siram dengan air basuhan beras dan air basuhan ikan. Tup tup subur pula jadinya...


Rasa senang sangat bila dah tanam kangkung ni. Sesak2 takde sayur, petik je kangkung boleh buat lauk 'Kangkung Goreng Belacan' atau sekurang2nya boleh dimasukkan dalam gorengan bihun atau nasi goreng.

Banyak juga khasiat kangkung ini, antara yang saya baca dalam buku Khasiat Sayuran, ia.....
Mengandungi vitamin A dan C.
Dimakan sebagai ubat herba untuk melawaskan pembuangan air besar dan juga sebagai tonik. Kangkung digunakan sebagai penawar racun dalam makanan dan minuman. Kangkung direbus dan airnya diminum sebagai ubat batuk. Makan banyak sayur kangkung boleh menenteramkan keadaan gelisah, tidak lena tidur dan sakit kepala.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum