CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Ulam Gajus


Kebelakangan ini suka pulak sebut pasal ulam. Sementelah saya dan suami suka makan ulam. Mujurlah setakat ini kami tanam sendiri ulam-ulaman kecuali ada le beberapa jenis yang kena beli. Yang kena beli tu contoh macam timun batang, halia muda dan peria. Dua tiga jenis tu terpaksa le beli sebab termasuk dalam feveret saya.

Ulam gajus ini kalau kat Kelantan kami panggil "ule pucuk terre." Asal mula timbul minat nak tanam pokok ini bilamana tengok rumah Pak Nor sebelah ada. Pucuknya banyak tapi kalau kebetulan orang tak teringat nak bagi, kita seganlah pula nak mintak...tak gitu...hehe

Jadi mau tak mau, masa singgah nurseri satu masa dulu belilah buat hilang kempunan...haha.. Ambil masa jugak nak tumbuh dengan baik sampai jadi besar dah pokok tu sekarang. Seronok rasa sebab bila time2 teringin, suruh je anaknda pegi petik kat laman. Kena ambil pucuknya yang betul2 muda(daun kecil) baru sedap dibuat ulam. Kalau terlambat sikit mengambilnya untuk suatu tempoh masa, daunnya dah jadi lebar (walaupun still bertitle pucuk) dan dah tak sedap dimakan. Terasa liat, pahit dan tak crunchy gitu...


2 comments:

Anonymous said...

salam, imapiana iman...saya terminat nak bertanya pada empunya blog ini..maner bleh dapatkan benih pokok gajus...kalau tau infonyer..sms kat saya boleh tak..saya duduk kat Kuala Lumpur..019 256 8861 (chelie)

fzi said...

Wsalam chelie...
Kalau tak silap saya anak pokoknya dulu beli kat Sg.Buloh. Cuba le cari... InsyaAllah boleh dapat tu...

Labels