Thursday

Ulam Gajus Untuk Awet Muda

Alhamdulillah..bersua kembali kita...

Pagi ni siram2 pokok dan rawat pokok2 di laman. Nampak pokok gajus yang baru diletak baja bakar...alhamdulillah nampak baru nak keluar pucuk2 baru.

Ada la sikit yang boleh dipetik untuk buat ulam makan tengahari nanti. Bagus ulam gajus ni. Ni sedikit info pasal gajus, sedutan dari Utusan Online...

.....penjagaan wajah dan kulit menggunakan herba GAJUS atau dikenali sebagai KETEREH, JANGGUS dan JAMBU GOLOK.
Herba dengan nama saintifiknya Anacardium occidentale ini adalah dari keluarga tumbuhan Anacardiaceae.
Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) sebelum ini membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik.
Pucuk gajus didapati mengandungi 97.6 peratus aktiviti pembersihan toksik.
Di dalam pucuk gajus terdapat bahan antioksida yang boleh meneutralkan dan melawan bahan toksik di dalam badan.
Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan.
Menurut beliau, ini akan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.
Pucuk yang telah dibersihkan dimakan begitu saja sebagai ulam ataupun diminum air rebusannya.

Mereka yang mengamalkannya dapat merasakan perbezaan kehalusan kulit di samping ia turut memberi kesegaran kepada tubuh,'' ujar beliau.
Tambah Tajuddin, selain khasiat awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis.
Menurut beliau, air rebusan pucuk daun atau kulit kayu pokok gajus yang dikumur-kumurkan juga boleh mengubati sakit seriawan atau ulser mulut.

Jom amalkan makan ulam gajus. 

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum