Ohh dari petang semalam lagi duk clear lorong laman tepi bilik abang. Boleh kata bertungkus- lumus jugak le dengan papa, buang semua tanaman pagar. Rasa silap besar tanam tanaman pagar ni dulu sebab akarnya jenis akar yang berserabut, jadi semua bahagian tanah didominasikan akar2nya. Sampaikan takde ruang untuk pokok2 lain tumbuh. Hari tu saya pernah tanam pokok limau nipis kat situ, tapi akhirnya mati jugak bila tanah di bawahnya sendad dengan kehadiran akar2 pokok tanaman pagar tuh.
Dalam duk clear2 tuh, buang sekali pokok mengkudu yang dah kluar buah dah pun. Terpaksa buang sebab walaupun ianya tumbuh dari laman kami, tapi keseluruhan dedaunan pokok mengkudu mengambil tempat ruang laman jiran. Bimbang ianya menimbulkan rasa tidak senang di hati Pak Nor sekeluarga, itu yang kami cantas buang sampai tinggal pangkal pokok je. InsyaAllah nanti tumbuh lagi pucuk baru lepas ni.
Dapatlah lima enam biji buah mengkudu. Belum terfikir lagi nak buat apa tapi ramai yang kata ia mengandungi banyak khasiat. So apa lagi geledah buku Herba lagi la saya....jom tengok apa buku tu kata pasal mengkudu..
- daun dan buahnya boleh dijadikan ulam dan kerabu
- nama saintifiknay Merinda Citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan sehingga digelar sebagai ratu tumbuhan.
- khasiat buahnya boleh meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi hempedu serta salah urat.
- buah mengkudu juga dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan anagesik(penahan sakit), antiseptik(membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.
- seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.
- biji mengkudu juga dipercayai boleh digunakan sebagai julap.
- buah mengkudu juga dijadikan sebagai minuman kesihatan seperti jus mengkudu. Jus itu biasanya diminum sebagai tonik ketika berehat atau selepas bangun dari tudur terutamanya sebelum menikmatai sarapan pagi. Walaupun jus mengkudu berkhasiat tetapi tidak ramai yang sanggup meminumnya kerana baunya yang tidak menyenangkan. Oleh itu bagi tujuan komersil pengusaha jus mengkudu menambahkan berbagai perisa seperti strawberi atau anggur untuk hilangkan bau yang tidak menyenangkan itu...
Ohh banyak rupanya khasiat mengkudu ni ya..... :))
0 comments:
Post a Comment