Monday

Petua Cantikkan Kuku dan Tumit Kaki

gambar dari google
Lagi petua.....

  1. kuku cantik dan tidak kering - Gosok kuku dengan belimbing buluh atau limau nipis 3x seminggu.
  2. kuku kaki cantik - Rendam kaki dalam air suam bercampur garam. Biar kering sendiri dan sesudah itu sapu dengan minyak zaitun. Buat setiap hari.
  3. tumit pecah - Ada 2 cara:
  • Gosokkan belimbing buluh pada tumit yang pecah. InsyaAllah tumit akan bersih dan pecah tumit akan bertaut.
  • Ambil segenggam asam keping dan rebus dengan lima gelas air. Biarkan ia mendidih sehingga menjadi tiga gelas sahaja. Sejukkan sehingga suam dan rendamkan kaki ke dalam air tersebut selama lima minit. Sementara itu gosok-gosokkan asam keping berkenaan pada bahagian tumit yang pecah-pecah itu.

***sumber dari: 50 petua orang tua2(majalah Wanita Mei 97) dan buku HERBA Sumber Perubatan Tradisional

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum