CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Sebijik Betik di Laman


Pagi semalam, balik dari antar kakak pegi keja, nampak dari dalam keta sbiji objek berwarna oren dari kejauhan. Belum masuk gate lagi dah berkira2 nak terus ambik turun keta nanti.

Hah...ini la dia bendanya....sebijik betik yang siap masak kat pokok yang dah curi perhatian saya pagi semalam tu. Manis meletin-letin sebab buahnya masak di pokok. Alhamdulillah... suka papa time balik dari ofis tu, sebab nampak betik dah siap slice ada duk dalam peti.... sejuk tekak....sedap sungguh makan betik yang baru kluar dari peti-ais time time cuaca panas ni.... :))


**update 24/4/2010 Isnin
Betik: Antara kegunaan dan khasiatnya.
dipetik dari sumber buku:Tanaman Berkhasiat Ubatan.

Daun betik yang mengandungi papain digunakan untuk membungkus daging bagi tujuan melembutkannya. Perahan air daun betik diminum untuk menguruskan badan, melancarkan haid dan juga dijadikan sebagai ubat penahan sakit dan jangkitan.

Buah betik mengandungi vitamin C yang membantu pencernaan, manakala jus buah betik digunakan sebagai bahan kosmetik untuk menghilangkan noda-noda hitam atau ketuat di muka dan melegakan sakit pada kulit akibat terbakar.

Pucuknya dimakan setelah dicelur, dipercayai boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan meransang pengeluaran susu ibu. Pucuk betik juga dijadikan tonik untuk melancarkan penghadaman. Getah buah betik muda disapu pada kulit untuk menyembuhkan kulit melecur akibat terbakar dan menyembuhkan jerawat atau kutil.

Wallahu'alam.

4 comments:

sot said...

Betik ni memang baka baik. Jarang ada biji. Keturunan dari pokok betik yang ada kat laluan dapur tu, yg sudah menabur bakti berbuah tanpa jemu semenjak tahun 2004 lagi. Alhamdulillah.

cikgu said...

Salam kak fzi...
Gebu jer nmpk betik tu..mesti sedap kan..kat umah betik xberapa nak menjadi..kecik kemetot jer...susah jgk nk cr baka yang elok..musim2 kemarau ni elok mkn buah2 n jus kan..

fzi said...

Syukurlah pa, betik kita tu belum nampak tanda2 kena penyakit macam yang mama citer di...

http://pkasih.blogspot.com/2010/02/program-bumi-hijau.html

fzi said...

Wsalam cikgu...
Mula2 nak say sori kat cikgu sebab komen cikgu dekat Menu tempohari akak tertekan reject instead of publish...dah dua tiga komen rerakan tersilap jadi camtu...careless mistake... sori k cikgu..

Betik yang akak baru ambik tu memang best cikgu, tersangatlah manisnya...buahnya pula pejal "tak memek" orang kata.... alhamdulillah memang baka baik la tu... :)

Betik kat umah cikgu tu rasanya boleh perubat balik...cikgu try lah siram ngan air beras, kerapkan sikit...InsyaAllah menjadi balik pokok betik tu... :)

Labels