Bila sebut nama sayur ini, terbayang lah masak lemak putih daun cekur manis campur keledek. Sedap dan menyelerakan kalau buat lauk untuk makan tengahari. Kena pula ada sambal tumis udang dan ikan rebus goreng lagi lah payah nak berhenti makan...hehe
Pokoknya yang saya tanam di tepi2 pagar cepat benar nak jadi semak. Selalu juga le di trim selepas diambil pucuk2nya buat sayur. Kalau bukan sayur lemak pun sayur air. Tapi selang tak berapa lama lepas dicantas, merimbun balik. Kekadang tinggi nya melepasi pagar rumah jiran. Suami saya dah naik rimas suruh buang je, takut ada benda2 merbahaya menyorok dalam rimbunan pokok2 tepi pagar tu. Saya yang sayang tak nak cabut semua sekali. Hanya trim dan buang gitu2 je. Yalah, sesak2 berguna juga daun-daunnya..tak gitu?
**update 24/4/2010 Isnin
sumber: Buku Tananam Berkhasiat Ubatan
Antara kegunaan dan Khasiat:
Daun cekur manis yang ditumbuk lumat dan dipupuk ke bulu kening secara berulang2 dalam dua minggu dapat melebatkan bulu kening. Selain itu, air daun cekur manis yang dicampur dengan lendir daun lidah buaya dilumurkan ke kepala untuk menyihatkan rambut. Pucuk dan dun muda cekur manis boleh dibuat sayur.
Thursday
Daun Cekur Manis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
Labels
Anjung Depan
(1)
bunga kertas
(7)
flora
(2)
gangguan
(1)
gotong-royong
(7)
green
(9)
hasil tanaman
(24)
herba
(11)
Kaktus
(5)
keladi
(4)
Mesin rumput
(1)
Orkid
(2)
peralalatan
(2)
Perspektif
(2)
petua
(16)
santai
(6)
sayur
(3)
seni kraf
(2)
seni laman
(13)
Tanaman Buah
(7)
tanaman hiasan
(31)
ulam
(14)
view
(4)
3 comments:
Pokok daun cekur manis memang mudah lebat daunnya, jadi kalau lama tak ambik daunnya akan menyemakkan. Maka kena selalu di trim untuk mengawal keadaan dan pandangan he he..
bukan ke dipanggil pokok asin-asin jugak
..eh tak tau pulak apa nama lain bagi pokok cekur manis ni... mungkin ya la tu kot pokok asin-asin...nnt akak double check...:)
Post a Comment