Thursday
Pokok bunga yang senang tumbuh
Pokok bunga ini dah lama sebenarnya. Dari mula saya berpindah-randah sejak rumah sewa dulu lagi pokok ini dah sedia ada. Bila dah bertahun-tahun dan tanpa penjagaan apapun saya ingatkan ia dah tak ada lagi dah. Namun semasa membuang daun2 kering di sekitar pasu2 orkid di bawah pergola pagi tadi, mata saya tiba-tiba je terpandangkan tumbuhan berbunga dan berdaun cantik ini. "Ohhh, rupanya masih ada lagi bungaku yang ini...."
Satu hari dulu saya ada terbaca mengenai tumbuhan yang seakan2 sama dengan yang ini tapi yang satu itu daunnya berwarna coklat dan berbaldu sedikit(dulu ada tanam juga tapi tak lama tempoh hayatnya di bawah pengawasan saya..huuuu...) Sedangkan yang ini berwarna hijau namun kedua-duanya nampak jelas datang dari famili yang lebih-kurang sama. Nama famili yang dikenal-pasti ialah Ephiscias.
Pokoknya senang tumbuh menjalar dan cantik kalau dijadikan tanaman gantung sebagai hiasan yang menarik. Ia mudah sangat dibiakkan melalui potongan pada bahagian batang. Namun saya rasa ia tak berapa sesuai di letakkan di tempat yang panas sangat. Elok diletakkan ditempat yang redup dan terlindung dari panas matahari. Dan lagi, ia sukakan medium yang sentiasa lembap. Namun tidak boleh lah pula jika mediumnya itu bertakung air. Nanti akan cepat membusuk dan pokoknya mati begitu saja.
Dari pemerhatian, dapat le saya simpulkan yang beberapa faktor tersebutlah yang turut menyumbang untuk pokok ini masih kekal subur di rumah saya. Ia terletak agak tersorok di atas tembok(di dua port yang berasingan) di bawah rimbunan orkid2 yang bergantungan di atasnya.
Ni yg orang puteh kata 'packaging'. Pokok yg dok menjalar dan tumbuh sendirian kat celah2 batu tu kalau kita package kan dengan tanam balik ke dalam pasu dsb, maka nilai nya akan meningkat.
ReplyDeleteKadang tu kalau kita pehati kat nurseri, depa tanam dalam pasu terus dapat jual RM10-RM15 sepasu, walhal pokok tu lah yg sama dok menjalar tepi umah kita. Kesimpulannya kena kreatif dan 'packaging' ye.
Wah... suamiku memang kepala bisnes! Always start small but think big...:)
ReplyDeletemmm agak senang nak tanam pokok ni.. dgn btg pun boleh tumbuh.. :)
ReplyDeleteBetul strozze... nak tanam nyer senang, nak tumbuh pun senang. Cantik sangat bila dah tumbuh menghijau atas tembok tu...akak ingat lepas ni nak masukkannya dalam pasu balik then gantung... thx strozze
ReplyDelete