Thursday

Bunga kantan (2)

Semasa menolak daun2 tingkap di ruang tamu pagi tadi, mata terus terpandangkan rumpunan pokok kantan yang bertentangan dengan tempat saya berdiri. Subur nampak pokoknya. Hati melonjak riang bila melihat 4, 5 putik bunga kantan yang muda dan belum mengembang itu. Semua nampak gemok2 belaka....

Bila dah agak2 boleh keluar rumah tu, saya terus mencapai cutter menuju ke rumpunan kantan. Risau pula kalau nak keluar ke laman pagi-pagi sangat. Sebab satu hari tu, saya ada terbaca satu artikel perihal nyamuk aedes. Nyamuk aedes ini waktu aktifnya ialah di waktu senja dan di awal pagi. Bila tengok jam, dah pukul 7.00... kira ok lah tu.. InsyaAllah. Maka bunga2 kantan yang sedang elok untuk dipetik itu pun akhirnya 'selamat lah' di tangan cutter saya ... hehe

Info terbaru tentang bunga kantan ini, ia boleh:
  • merawat bengkak atau sakit telinga. Bunga kantan samada yang masak atau masih muda direbus kemudian air rebusan tersebut dititikkan ke dalam telinga. Amalan berterusan dapat mengatasi masalah telinga berair.
  • merawat luka. Beberapa helai daun kantan diambil kemudian dibersihkan. Setelah itu direbus sehingga mendidih. Air rebusan ini dibiarkan suam kemudian digunakan untuk mencuci luka dengan melumurkan ke seluruh bahagian yang luka.
  • merawat kencing manis dan darah tinggi. Ambil buah kantan, dibersihkan dan direbus. Air rebusan ini disaring dan kemudian diminum seperti biasa. Pengambilan secara teratur dapat mengurangkan masalah ini.
Bagi sesapa yang suka makan masakan asam pedas, nasi kerabu dan laksa elok sangatlah kalau dapat tanam pokok kantan ini. Selain dari boleh jimatkan belanja dapur dari membelinya di pasar, kita akan dapat rasa kelainan bunga kantan yang ditanam sendiri. Boleh simply petik bunga2 kantan yang masih muda dan fresh itu bila2 masa saja.... enjoy!!

2 comments:

  1. akak mmg rajin ..smlm sy buat nasi kerabu bestnye bunga kantan ni but d tawau harganya rm1.00 1 btg mahalnya...

    ReplyDelete
  2. Takde la rajin cikgu... tapi bila dah tanam tu seronok pulak. Senang nak petik bila kebetulan ada ikan parang/tenggiri kat rumah bole buat asam pedas...hehe

    Wah sedapnya nasi kerabu... akak selalunya time bulan puasa je semangat buat nasi kerabu...hehe
    Ohh tempat cikgu dah singgit ya bunga kantan tu. kat pasar sini masih boleh dapat rega 0.80 sen sebtg.... thx cikgu

    ReplyDelete

Assalamualaikum