Friday

Bunga kaler maroon ku kembang

Hari ni hari yang bz sangat rasanya. Keluar masuk rumah ntah berapa kali. Keluar masuk kereta pun dah banyak kali. Last sekali tadi balik dari ambik anaknda solat Jumaat. Dalam rumah pun duk berjalan berulang-alik di laluan yang sama berkali-kali: bilik, ruang tamu, ruang makan, family hall, dapur.
  • Bz sungguh dengan kerja2 rumah ni... :)
  • plus bz mengadun kueh untuk bisnes kecik2 FZ Frozen Food tu.... :)

Dalam duk pegi mari pegi mari tu, ternampak le kelibat dari tingkap ruang tamu, bunga faveret yang kaler maroon tu kembang. Huh tak boleh jadi ni. Kena lari keluar lagi ambik gambar bunga yang tengah bloom tu. Cantikkk bangat... hehe

Ini ler dia....Cantik kan!

info
:
Dengar cerita daun dari pokok bunga ini boleh dibuat bandage kalau lengan atau kaki terkehel/terseliuh. Kalau tak silap daunnya kena dilayur terlebih dahulu di atas api dan daun tadi harus disapu dengan kapur sirih + perahan asam limau nipis(kalau tak silap lagi). Nantilah kena tanya makcik2 tu dulu confirmkan caranya then saya akan update kan info yang soheh...InsyaAllah.


6 comments:

  1. tak pernah pulak tgk bunga ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Tu le, rasanya yang selalu strozze tengok agaknya bunga yang berkelopak 5/6 tu. Tu yang biasa orang tengok dan orang panggil bunga...hehe

    Manakala bunga yang ni pulak ganjil penampilannya, mencacak2 gitu...
    Allah maha Menjadikan setiap sesuatu..

    ReplyDelete
  3. Kak, pokok ni namanya Tembaga Suasa. saya memang sedang mencarinya, ada beli tapi bunganya tak mcm ni dan warnanya putih.

    memang boleh mengubat patah tulang atau terseliuh.

    Ada anak tak?

    ReplyDelete
  4. Shida..

    Yang bunga warna putih tu, pokok yang kat sebelah dia tu..perasan tak daun yang berbelang hijau putih tu..

    Dua-dua banyak anak. InsyaAllah boleh kasi Shida.

    ReplyDelete
  5. Nak kak, insya-Allah kalau akak free sy jengah ke sana.(Muka x malunya....)

    ReplyDelete
  6. Shida... nanti tunggu akak ganti bumbung umah okid dulu lah..hehe Akak segan le pulak sbb umah okid yang ada tu sikit lagi nak runtuhhh(usia +- 6 tahun)...huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum