CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday

Air kelapa muda (2)



Semasa membelek2 buku herba yang baru dipinjam minggu lepas, terjumpa fakta pasal air kelapa yang memang boleh kata semua orang tahu tentang khasiatnya. Jadi bila jumpa yang tertulis hitam putih ni, lagi le bertambah yakin yang air kelapa ni ternyata boleh merawat banyak penyakit.

Kelapa pandan di halaman rumah kami dah banyak kali dapat dimakan hasilnya. Selalu timing je nak ambil buahnya. Tunggu anak2 berkumpul balik dari sekolah masing2 baru belah kelapa. Kalau tak kena dengan time cuti kakak, selalunya kami bawak air kelapa semasa melawat kakak dan berkelah le kami di bawah gazebo tepi padang sekolah.

Khasiat air kelapa ini antaranya:

  • dapat merawat campak: Airnya diminum untuk mempercepatkan pengeluaran campak di seluruh badan.
  • sekaligus dapat menurunkan suhu panas badan akibat demam.
  • dapat merawat cirit-birit tetapi semasa diminum airnya dan isinya dimakan, jangan dicampurkan dengan ais batu.
  • dapat merawat bengkak-bengkak badan: Air kelapa muda dicampurkan dengan beberapa hiris kunyit hidup kemudian direbus. Air rebusan ini diminum 2 x sehari pada waktu pagi dan petang sehingga sembuh.
Dalam cuaca panas sekarang ni, sedap juga kalau dapat minum air kelapa muda ni. Hari minggu nanti boleh lah ambil lagi.... :)


4 comments:

sot said...

Satu lagi nikmat Allah kepada hamba-Nya. Tak rugi berbudi pada tanah. Lazatnya meneguk air kelapa muda yang sejuk dengan isinya yang lembut itu. Alhmadulillah.

fzi said...

Yang sedap tu sebab air kelapa kita tak campur dengan ais. Just sejukkan sekejap dalam freezer sebelum minum. So dapat rasa yang ori... :)

stROZze said...

mmm sedapnya.. teringat minum kelapa halia kat melaka.. last month pergi tapi kedai belum bukak lagi..

fzi said...

mmmm memang sedap strozze...hehe

Waa...air kelapa halia? Akak tak pernah rasa lagi...maybe bole try one day... :)

Labels