Bunga Kertas yang memakai nama saintifik 'Bougainvillea' ini menagih banyak masa dan tenaga kalau nak maintain pokoknya agar sentiasa berbunga. Kena selalu trim kemudian selepas digembur2 tanahnya, kena taburkan pula barang sesudu baja untuk setiap satu pasu. Kalau maintain macam tu, InsyaAllah tak berenti-rentilah bunga kertas ni keluarkan bunga. Lagi lebat berbunga jika diletakkan pasunya betul2 di tempat yang panas. Dulu bab2 trim pokoknya kami serah kat En Suppaiah and the gang. Tapi sejak ada mesin rumput F1 tu, dah tak panggil diaorang lagi datang tolong. So semua kena buat sendiri. Suami saya ok lah incharge banyak benda jugak selain dari tugas mesin rumput tu, tapi dalam bab trim bunga kertas ni semua terletak atas batu jemala patik…hehehe..
Nak buat semua tu kena proper attire sebab memerlukan saya memanjat sana-sini contoh di depan anjung rumah yang pokoknya dah naik sampai ke atas bumbung. Siap pakai glove takut kena durinya yang tajam. Sun-block pun kena tebal2 sikit, maklum lah kerja2 trimming ni selalunya melarat sampai matahari meninggi. Saya sengaja nak biarkan pokoknya melatari bumbung anjung depan dek terpikat dengan warna bunganya yang merah cili. Cantik u! Saya memang rekemen sangat2 siapa2 yang nak beli pokok bunga kertas belilah yang warna merah cili ini… gerenti tak menyesal..
Lepas trim yang
Pokok2 bunga kertas yang lain, hanyalah yang saya tanam dalam pasu dan diletakkan secara berkelompok dalam beberapa island. Time berbunga memang cantik sebab bunga bercampur2 cam cam kaler. Yang paling saya suka ialah yang kaler purple lembut yang saya tanam dalam pasu di tepi pagar sebelah kanan berhampiran pergola. Saya trim pokoknya stail bonsai memanjang hingga ke hujung pagar. Hasilnya bunga kertas purple ini dapat berfungsi sebagai penghadang yang tak rasmi buat kami yang kadang2 lepak di pergola time petang2. So takdelah see thru sangat bila ada orang/kereta lalu-lalang.
Gitulah ceritanya pasal bunga kertas…enjoy Bougainvillea!!
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum