Pergola di Impiana Iman ini menjadi tempat santai anak2 lebih-lebih lagi di waktu petang. Di hari2 minggu, antara jam 5.30 -6.45 biasanya mereka habiskan masa dengan bermain badminton sebagai memenuhi waktu riadah. Selepas penat bermain, semua lepak2 sambil minum petang di meja taman bawah pergola.
Di penjuru pergola kami hiaskan tiang2nya dengan gantungan tumbuhan tanduk rusa dan beberapa pasu orkid sebagai penyeri. Terdapat satu bingkai bertulis kalimah 'Assalamualaikum' di tengah-tengah palang pergola sebagai ucapan memberi salam.
Pergola ini didirikan dari kayu cengal dengan keluasan 12' x 8' keseluruhannya. Berlantaikan tiles berwarna merah digabungkan dengan satu set meja taman batu yang di beli dari Serendah, Hulu Selangor. Di atas para-para bumbungnya ada hamparan pokok bunga kertas berwarna maroon yang berfungsi meredupkan suasana.
Walau sudah menjangkau 6 tahun namun alhamdulillah tiang-tiangnya masih kukuh walaupun terdedah pada hujan dan panas silih berganti. Kedudukannya yang mengadap laman menyuntik 'sense of inviting' buat tetamu yang datang berkunjung. Kebanyakan mereka singgah berehat seketika sambil meninjau tanaman di sekitar laman sebelum bergerak melangkah masuk ke dalam rumah.
Ia juga menjadi tempat feveret rakan taulan anak2 yang datang berkumpul dan borak2 semasa gader-gader di musim cuti sekolah. Silaturrahim dengan kawan2 lama tetap bertaut melalui acara ala2 sukaneka dan BBQ yang diraikan di ruang laman.
Thursday
Pergola Penyeri Laman
Posted by fzi at 13:08
Labels: seni laman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
Labels
Anjung Depan
(1)
bunga kertas
(7)
flora
(2)
gangguan
(1)
gotong-royong
(7)
green
(9)
hasil tanaman
(24)
herba
(11)
Kaktus
(5)
keladi
(4)
Mesin rumput
(1)
Orkid
(2)
peralalatan
(2)
Perspektif
(2)
petua
(16)
santai
(6)
sayur
(3)
seni kraf
(2)
seni laman
(13)
Tanaman Buah
(7)
tanaman hiasan
(31)
ulam
(14)
view
(4)
0 comments:
Post a Comment