CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Kelapa Pandan


Kelapa Pandan ini berbuah lagi setelah berehat beberapa bulan. Kali ini lebat lain macam, Alhamdulillah. Weekend lepas 2 tandan telah dikorbankan. Ah Soon and the gang yang datang buat kerja plumbing telah pekena 3 bijik. Kata Ah Seng (abang Ah Soon) " fuyooo manyak baik ooo, air manyak manis". Esoknya dia mintak lagi 4 bijik, saya beri alasan "anak saya mahu makan, esok sudah mau balik hostel, ini buah kelapa pun sudah lama takdak berbuah, sorry aaa...". Ah Soon kata "ini kelapa manyak baik", dia siap ajar saya cara petik kelapa, "mesti pulas dari tandannya sampai lerai dan jangan bagi jatuh ke tanah, kalau jatuh khasiat dia sudah kurang". Ah Soon ni berasal dari Kuching Sarawak, sudah merantau cari rezki di Semenanjung semenjak umurnya 20 tahun. Kini usia sudah mencecah 45 tahun, tapi nampak macam umur 30 tahun. Dia kata minum air kelapa pandan muda ini sangat bagus untuk kesihatan. Ah Seng, abangnya pula sudah berusia 50 tahun tapi nampak macam umur 40 tahun.

So saya petik 6 bijik untuk dinikmati anak beranak, especially anak saya Amir yang akan ke PLKN pada hari Sabtu itu. Nikmatnya memang tak terkata apatah lagi bila sudah disejukkan dalam freezer kurang lebih sejam. So 2 tandan gone weekend lepas. Namun di pokok masih ada 6 tandan lagi. Ada 2 tandan yang sudah matured dan boleh dipetik buahnya. Mmmm...dapat merasa air dan isi kelapa muda segar lagilah hari ni....

@@

0 comments:

Labels